BM @ MY LNAPendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

Langkah Dubai : Ketidakstabilan politik beri kesan kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat

318

Oleh Dato’ Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

Jika tindakan beberapa individu yang didakwa terdesak untuk menggulingkan kerajaan demi kepentingan politik peribadi itu benar-benar wujud, maka ini jelas menunjukkan bahawa mereka ini sengaja mahu ‘𝐦𝐞𝐧𝐮𝐭𝐮𝐩 𝐦𝐚𝐭𝐚’ terhadap penguncupan ekonomi negara kesan daripada pelbagai perubahan politik negara sejak beberapa tahun lalu.

𝐑𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐚𝐭 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐡𝐚𝐫𝐚𝐩𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐭𝐚𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐮𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐤𝐭𝐨𝐫 𝐞𝐤𝐨𝐧𝐨𝐦𝐢, 𝐭𝐞𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐩𝐮𝐚𝐤-𝐩𝐮𝐚𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢 𝐢𝐧𝐢 𝐬𝐚𝐧𝐠𝐠𝐮𝐩 𝐦𝐞𝐧𝐠𝐠𝐚𝐝𝐚𝐢𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐬𝐞𝐣𝐚𝐡𝐭𝐞𝐫𝐚𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐤𝐲𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐦𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐛𝐨𝐥𝐨𝐤 𝐬𝐞𝐧𝐝𝐢𝐫𝐢. Rakyat sedang bergelut dengan kos sara hidup yang tinggi dan tiada masa untuk melayan ‘drama’ politik negara.

Semua ahli politik harus sedar bahawa pada ketika ini mereka mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membina semula imej dan mengembalikan kepercayaan pelabur asing terhadap negara. Oleh itu, ‘𝐋𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐡 𝐃𝐮𝐛𝐚𝐢’ 𝐢𝐧𝐢 𝐡𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐛𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐬𝐚 𝐝𝐚𝐧 𝐦𝐞𝐫𝐞𝐤𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐥𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐚𝐩𝐚-𝐚𝐩𝐚 𝐡𝐚𝐬𝐢𝐥, 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐢𝐧𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐠𝐚𝐠𝐚𝐥𝐚𝐧.

Pemberita ketika bertanya saya selepas Majlis Penyerahan Busana Tradisional Malaysia Fasa Kedua bawah Inisiatif Diplomasi Budaya.

Seingat saya, individu yang dikatakan terlibat dengan cubaan untuk menggulingkan kerajaan ini pernah memegang jawatan tertinggi dalam kerajaan. Ketika ada jawatan, kamu menikus. Bila sudah tidak berkuasa, banyak pula kritikan dan rancangan dibuat untuk berkuasa kembali. 𝐀𝐩𝐚 𝐦𝐨𝐭𝐢𝐟 𝐤𝐚𝐦𝐮 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐧𝐚𝐫𝐧𝐲𝐚?

Saya merayu kepada semua agar menghormati pilihan yang dibuat oleh rakyat Malaysia dan tunaikan hasrat rakyat dengan mempercepatkan pemulihan ekonomi negara. Lagipun, kestabilan politik adalah kunci kepada pembangunan berterusan sesebuah negara. Jika politik negara tidak stabil, semua pihak akan turut terjejas terutamanya rakyat. Mengapa kita tidak boleh beri peluang kepada Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk menunjukkan kemampuannya, menilai dan meneliti prestasi barisan Kabinet yang telah dipilih? 𝐉𝐢𝐤𝐚 𝐭𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐩𝐮𝐚𝐬 𝐡𝐚𝐭𝐢, 𝐭𝐞𝐫𝐣𝐞𝐦𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐢𝐚 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐩𝐢𝐥𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠.

Justeru, saya menggesa kepada mereka yang terlibat untuk tidak meneruskan rancangan mereka itu. Berulang kali mereka memburukkan Kerajaan Perpaduan dan menuduh barisan kepimpinan sedia ada ini tidak cekap. Daripada menimbulkan kegusaran yang boleh membawa kepada pepecahan rakyat, lebih baik anda mengorbankan tenaga dan masa untuk berkhidmat kepada rakyat. Tunjukkan pencapaian atau prestasi perkhidmatan anda untuk memenangi sokongan rakyat sekaligus dapat mengukuhkan peluang anda dalam pilihan raya akan datang.

Jika anda lakukan itu, rakyat akan lebih yakin. Jangan gunakan taktik licik untuk agenda peribadi, kerana jelas ia mampu memberi kesan kepada masa depan negara, dan tidak mendapat penghormatan rakyat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...