BM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

China Eastern Airlines dan Shanghai Airlines tambah penerbangan ke/dari Malaysia

236
Kredit Foto :

Satu berita baik bagi industri pelancongan telah diumumkan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato’ Seri Tiong King Sing semalam iaitu dua syarikat penerbangan dari China (China Eastern Airlines dan anak syarikatnya Shanghai Airlines) telah mengesahkan akan meningkatkan penerbangan antara Malaysia – China 62 penerbangan mingguan dalam tempoh setahun.

Menurut Tiong dalam satu hantaran di Facebook rasmi beliau, Kedua-dua syarikat penerbangan itu juga akan membuka lima lokasi berlepas baharu iaitu dari 𝐁𝐞𝐢𝐣𝐢𝐧𝐠, 𝐗𝐢’𝐚𝐧, 𝐔𝐫𝐮𝐦𝐪𝐢, 𝐍𝐚𝐧𝐣𝐢𝐧𝐠, 𝐝𝐚𝐧 𝐊𝐮𝐧𝐦𝐢𝐧𝐠.

Katalagi lagi, tiga destinasi baharu akan ditambah iaitu 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠, 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐊𝐢𝐧𝐚𝐛𝐚𝐥𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠. 𝐗𝐢’𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐔𝐫𝐮𝐦𝐪𝐢, khususnya, akan berfungsi sebagai hab utama yang menyasarkan pasaran Cina Muslim.

“Mengikut statistik Shanghai Airlines, 𝐬𝐞𝐣𝐚𝐤 𝐤𝐞𝐫𝐚𝐣𝐚𝐚𝐧 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐤𝐬𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐮𝐚𝐥𝐢𝐚𝐧 𝐯𝐢𝐬𝐚 𝐤𝐞𝐚𝐭𝐚𝐬 𝐩𝐞𝐥𝐚𝐧𝐜𝐨𝐧𝐠 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚, 𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐚𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝟒𝟓 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐨𝐡 𝐬𝐞𝐛𝐮𝐥𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐡𝐢𝐧𝐠𝐠𝐚 𝟑𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫, 𝐦𝐚𝐧𝐚𝐤𝐚𝐥𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐦𝐩𝐚𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝐤𝐞 𝐂𝐡𝐢𝐧𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝟐𝟑 𝐩𝐞𝐫𝐚𝐭𝐮𝐬.

Berdasarkan trend ini, terbukti bahawa pelaksanaan pengecualian visa untuk lawatan antara Malaysia dan China telah diterima secara positif oleh rakyat kedua-dua negara. Syarikat penerbangan telah mendapat keyakinan dan sekaligus mengambil langkah susulan dengan meningkatkan penerbangan dan membuka laluan baharu untuk memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran, dan dalam masa yang sama meningkatkan lagi kunjungan rakyat diantara kedua-dua negara tahun ini.” kata Tiong.

Tiong turut mengatakan tindakan segera akan diambil dengan menambah penerbangan Shanghai Airlines sedia ada, khususnya 𝐥𝐚𝐥𝐮𝐚𝐧 𝐋𝐚𝐩𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐓𝐞𝐫𝐛𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐮𝐝𝐨𝐧𝐠 𝐒𝐡𝐚𝐧𝐠𝐡𝐚𝐢 𝐤𝐞 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫. Bermula dari 19 Januari, bilangan penerbangan akan meningkat kepada 21 berbanding 17 sebelum ini, dengan tiga penerbangan sehari, menggunakan Boeing 787-9 Dreamliner yang lebih sesuai untuk perjalanan tersebut.

Tambah beliau lagi, mulai 26 Januari, China Eastern Airlines akan memulakan penerbangan laluan 𝐁𝐞𝐢𝐣𝐢𝐧𝐠 𝐤𝐞 𝐊𝐮𝐚𝐥𝐚 𝐋𝐮𝐦𝐩𝐮𝐫, dengan satu penerbangan pergi balik setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad, menggunakan pesawat Airbus A330.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...