AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPertanian @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

KPKM nafi wujud kartel tentukan harga padi, beras dan benih padi

228
KPKM menafikan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi.

PUTRAJAYA, 4 Januari 2024 – Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui satu kenyataan yang diedarkan semalam, menafikan dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi.

Menurut kenyataan itu. melalui Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522),KPKM melaksanakan aktiviti kawal selia melalui pelesenan dan penguatkuasaan untuk memastikan industri padi dan beras berkembang secara sihat dan teratur. Akta itu juga memperuntukkan kuasa kepada Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras dalam mengeluarkan lesen dan permit bagi urus niaga padi dan beras meliputi pengilangan, pemborongan, peruncitan, import/eksport dan pemindahan antara negeri.

“Merujuk kepada dakwaan kewujudan kartel atau mafia yang menentukan harga padi, beras dan benih padi, KPKM menafikan kewujudan kartel atau mafia tersebut seperti didakwa. Ini kerana jumlah pengeluaran sebanyak 39,000 pelbagai lesen seperti Lesen Borong Beras, Lesen Eksport, Lesen Import, Lesen Kilang Padi, Lesen Membeli Padi, Lesen Beras Runcit, dan Kelulusan Khas Menjual Benih Padi bagi benih padi sah (BPS) jelas menunjukkan tiada kartel atau mafia yang dimaksudkan wujud dan mampu memonopoli industri padi dan beras.

Bagi BPS pula, KPKM telah memperuntukkan sebanyak 72,000 metrik tan benih padi sah bagi memenuhi keperluan pesawah bagi tahun 2023. Lesen pengilangan benih padi sah ini juga turut diberi kepada syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) bagi membekalkan benih padi kepada pesawah. Pengesahan BPS melalui ujian makmal dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Bagi memastikan semua peruncit menjual benih padi sah mengikut harga yang ditetapkan oleh Kerajaan dan tiada sebarang unsur penyorokan BPS, pelaksanaan Task Force Operasi Benih Padi Sah (OP BPS) telah diadakan pada 7 hingga 21 November 2023. Sepanjang tempoh tersebut, KPKM telah menarik balik sebanyak 22 lesen penjualan benih padi sah milik peruncit yang melanggar syarat lesen.” kata kenyataan tersebut.

Tambahnya, KPKM memberi peringatan kepada semua pengilang, pemborong dan peruncit agar sentiasa mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan dalam isu itu.

Tindakan tegas akan diambil seperti pembatalan lesen sekiranya didapati berlaku pelanggaran undang-undang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...