AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

PM ‘tabik’ PDRM berani benteras sindiket dadah

194

PUTRAJAYA, 2 Januari 2024 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari ini memuji tindakan tegas Polis DIraja Malaysia (PDRM) di atas keberanian memerangi sindiket dadah di Sabah pada bulan lalu.

Katanya ketika berucap di Majlis Peluncuran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) di sini, rakyat negara ini selalu berbicara tentang dadah namun yang ditangkap oleh pihak berkuasa ramai adalah pengedar-pengedar kecil.

“PDRM bulan lalu mencatat satu lagi tindakan dan kejayaan kerana kita semua bicara tentang dadah. Ratusan ribu anak-anak kita terlibat dengan dadah dan terpaksa belanja ratusan juta ringgit setahun untuk menangani masalah ini.

Yang ditangkap juga puluhan ribu di kalangan pengaih dan (hanya) pengedar1pengedar pringkat bawah. Sukar diambil tindakan terhadap pengedar-pengedar besar, tokey tokey besar terlibah dalam dadah.

Maka saya salut PDRM yang telah jelajah ke Sabah dan ambil tindakan yang tegas.” ucap Anwar.

Tambahnya sekarang sudah tidak timbul lagi cerita bahawa ‘jerung-jerung dadah’ terlepas dari tindakan.

“Sekarang tumpuan kita itu pada ‘jerung’ supaya anak-anak ikan ‘ingat’.” tegas Anwar

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...