AMBanjir @ My LNABM @ MY LNACuaca @ My LNAUTAMA

Jumlah mangsa banjir berkurang ke 6,778 dalam tempoh 24 jam

275

31 Disember 2023 – Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan bahawa sehigga jam 12.00 tengah hari ini, terdapat tujuh (7) daerah di empat (4) negeri (Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor) masih dilanda banjir.

Jumlah mangsa banjir pula telah berkurang kepada 6,778 dalam tempoh 24 jam (berbanding 14,388 mangsa pada 30 Disember 2023). Ia melibatkan 2,085 keluarga yang ditempatkan di 29 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Jumlah PPS yang dibuka berkurang berbanding 55 buah pada 30 Disember 2023.

“Tiga (3) daerah yang paling teruk terjejas adalah di negeri Kelantan, iaitu Pasir Mas (3,916 mangsa), diikuti Tumpat (2,278 mangsa) dan Jeli (428 mangsa).

Laporan tersebut turut menyebut bahawa penumpuan angin dijangka berlaku di barat dan tengah Sarawak serta Selatan Semenanjung sehingga 4 Januari 2024.

Sementara itu, di negeri-negeri lain, ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang berpotensi berlaku pada sebelah petang hingga ke malam.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...