BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAPelancongan @ My LNA

Tourism Malaysia lancar Pakej ArkeoPelancongan & GeoPelancongan Pulau Pinang dan Kedah

339
Sidang media majlis pelancaran Pakej Arkeopelancongan _ Geopelancongan Pulau Pinang dan Kedah

KEPALA BATAS, 14 Disember 2023 – Tourism Malaysia hari ini melancarkan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan bagi negeri Pulau Pinang dan Kedah untuk mempromosikan produk pelancongan arkeologi, geologi dan tapak warisan dunia UNESCO.

Sebanyak 52 pakej pelancongan telah dibangunkan dengan kerjasama 14 operator pelancongan di Wilayah Utara dan Wilayah Tengah yang antara lain menawarkan lawatan ke tapak arkeologi Lembah Bujang dan Sungai Batu, tapak warisan dunia UNESCO George Town, Jerai Geopark serta Sungai Merbok.

Antara pakej-pakej yang ditawarkan termasuklah Jerai Geopark Heritage Trail, The Lost Ancient City – Kedah Tua, Archaeology Eco Cycling Experience, Penang Heritage Tour, Merbok River Historical & Mangrove River Cruise, Mount Jerai Guided Tour dan Iron of Ancient Kedah to the World- The Untold Story 788 BC.

Encik Mohd Roslan Abdullah, Pengarah Bahagian Pembangunan Pakej Tourism Malaysia berkata, penawaran pakej tersebut diharap mampu mempromosikan keunikan warisan arkeologi, geopark dan Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terdapat di Pulau Pinang dan Kedah kepada para pelancong tempatan dan antarabangsa.

“Di samping itu, pembangunan pakej ini juga dapat memangkin ke arah usaha pemeliharaan warisan, sejarah dan budaya tempatan selain mempelbagaikan kegiatan ekonomi dan penglibatan masyarakat setempat, seterusnya menjana pendapatan kepada mereka. Pembangunan pakej pelancongan ini juga adalah sebahagian usaha Tourism Malaysia untuk mempelbagaikan pilihan destinasi pelancongan sebagai persiapan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026” katanya.

Pembangunan Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan Pulau Pinang dan Kedah adalah susulan daripada bengkel dan lawatan produk selama 5 hari 4 malam yang diadakan pada 5 hingga 9 Ogos 2023 dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sungai Petani, Northern Corridor Economic Region (NCER), pakar arkeologi dan geologi, para pemilik produk pelancongan serta penggiat industri pelancongan di Pulau Pinang dan Kedah.

Bengkel berkenaan telah memberikan banyak pendedahan mengenai potensi pelancongan di tapak-tapak arkeologi, geopark dan Tapak Warisan Dunia UNESCO George Town serta produk pelancongan menarik di sekitarnya seperti Tapak Rizab Biosfera UNESCO Bukit Bendera, Muzium Arkeologi Lembah Bujang, tapak arkeologi Sungai Batu, Gunung Jerai dan Kompleks Pelancongan Sungai Merbok.

Kesemua pakej pelancongan ini telah dimuatkan dalam sebuah risalah Pakej Arkeopelancongan & Geopelancongan Pulau Pinang dan Kedah yang kini boleh didapati di laman sesawang Tourism Malaysia iaitu www.malaysia.travel.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...