BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Tipu jemaah Umrah: MOTAC semak semula semua syarikat agensi pelancongan

369
Kredit Foto : FB rasmi Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya

24 November 2023 – Susulan insiden penipuan oleh segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusan jemaah yang mengerjakan umrah, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan meneliti serta menyemak semula kelayakan kesemua syarikat agensi pelancongan, khususnya yang menjalankan perniagaan berkaitan perjalanan mengerjakan umrah di Arab Saudi

Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Tiong King Sing dalam satu kenyataan semalam, walaupun MOTAC telah mengenakan tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat yang berkenaan seperti membatalkan lesen mereka, namun masih terdapat aduan mengenai masalah sama.

“Saya difahamkan masih ada ejen-ejen syarikat pelancongan ini yang degil dengan mempromosikan pakej-pakej umrah tetapi tidak melaksanakannya.

Sebelum ini terdapat aduan dan keluhan orang ramai khususnya jemaah umrah yang menjadi mangsa penipuan segelintir syarikat agensi pelancongan pengurusaan umrah yang tidak bertanggungjawab. Ada jemaah umrah yang tidak dibawa ke destinasi-destinasi atau diberikan perkhidmatan yang sepatutnya, seperti yang ditawarkan oleh syarikat agensi pelancongan berkenaan.

Lebih malang, jemaah umrah ini gagal menghubungi syarikat agensi pelancongan berkenaan apabila mereka tiba di lapangan terbang di Arab Saudi. Syarikat agensi pelancongan ini secara tidak berhati perut melepaskan tangan sehingga mengecewakan pelanggan mereka.” kata Tiong King Sing.

Justeru, beliau telah mengarahkan timbalannya, Tuan Khairul Firdaus Akbar Khan untuk mengetuai jawatankuasa semakan itu dan membentangkan laporan lengkap dalam tempoh sebulan, termasuk mengkategorikan syarikat yang benar-benar menjalankan perniagaan dengan baik dan sebaliknya.

“Saya juga mahu laporan terperinci mengenai rekod syarikat-syarikat ini sepanjang menguruskan jemaah umrah. Ini bagi memastikan syarikat agensi pelancongan lebih bertanggungjawab semasa menjalankan perniagaan dan tidak sesekali mengabaikan pelanggan masing-masing.

Dalam masa sama, saya juga akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia serta Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi untuk membincangkan tentang kuota. Sekiranya MOTAC dapat diberi amanah, jawatankuasa yang diketuai oleh YB Timbalan Menteri akan ditubuhkan untuk menguruskan perkara ini daripada diberikan secara terus kepada syarikat agensi pelancongan agar proses jemaah umrah dari negara kita dapat berjalan dengan lebih lancar, telus dan bertanggungjawab serta memastikan kejadian sama khususnya membabitkan penipuan tidak berulang lagi di masa hadapan.” kata Tiong King Sing.

Tambahnya, MOTAC juga akan menyelesaikan beberapa isu lain seperti harga dan prosedur permohonan boleh dibuat melalui MOTAC, sebelum MOTAC menyerahkannya kepada agensi-agensi pelancongan yang bertanggungjawab.

Katanya, selain dapat menjimatkan kos yang tidak perlu dikenakan kepada pelanggan, ia juga dapat membantu menyelesaikan semua perkara secara bersekali. Manakala semua syarikat agensi pelancongan sama ada yang telah lama beroperasi mahupun syarikat baharu, perlu melaporkan setiap aktiviti berkaitan pelanggan mereka sepanjang perjalanan mengerjakan umrah kepada MOTAC. Ini bagi membolehkan MOTAC memantau secara dekat dan memastikan segala janji yang ditawarkan kepada pelanggan mereka dikotakan.

“Saya amat berharap dengan inisiatif MOTAC ini kelak dapat membantu dan menjaga jemaah umrah daripada terus menjadi mangsa penipuan. Di samping itu juga, ianya dapat memberi peringatan kepada semua syarikat agensi pelancongan supaya tidak sesekali memperdaya pelanggan masing-masing, sebaliknya berusaha bersungguh-sungguh untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam satu persaingan yang sihat.

Saya juga merayu agar semua syarikat agensi pelancongan pengurusan umrah untuk sentiasa jujur dalam menjalankan perniagaan mereka dan sentiasa menunaikan perniagaan mereka serta sentiasa menunaikan tanggungjawab sepenuhnya dalam memberi tawaran perkhidmatan yang dijanjikan. Syarikat-syarikat berkenaan adalah dilarang untuk memasarkan dan menawarkan perkhidmatan yang tidak mampu diberikan seperti tidak mempunyai kuota atau kapasiti logistik yang sepatutnya.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...

AMBelia & My LNABM @ MY LNAKesihatan @ My LNAPendidikan @ My LNA

Elly bakal kaunselor juarai isu kesihatan mental belia

“Baru-baru ini saya ada terbaca sebuah kajian pada tahun 2022 oleh University...

AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

Julina Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penerangan baharu

PUTRAJAYA, 13 Mei 2024 – Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) memaklumkan bahawa Puan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Semenanjung Minahassa, Sulawesi

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada jam...