BM @ MY LNAPertahanan @ My LNAUTAMAWanita @ My LNA

Forum Women In Maritime Law Enforcement perkasa peranan wanita dalam penguatkuasaan maritim serantau

342

BANGKOK, 24 November – Komitmen Maritim Malaysia dalam usaha memperkasakan peranan wanita diteruskan melalui penyertaan pegawai wanitanya dalam satu lagi siri forum Women in Maritime Law Enforcement (WinMLE) anjuran United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC) yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini.

Forum yang menghimpunkan pegawai-pegawai kerajaan dari pelbagai agensi penguatkuasaan maritim di negara-negara ASEAN ini turut disertai oleh delegasi dari Filipina, Indonesia, Thailand, Vietnam termasuk Malaysia.

Forum ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan, berbincang serta berkongsi amalan terbaik kepada agensi-agensi penguatkuasa maritim di rantau Asia Tenggara mengenai hak kesamarataan jantina seperti mana yang terkandung dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDGs 2030), Matlamat 5 iaitu Hak Kesaksamaan Jantina (Gender Equality).

Forum siri kesembilan ini memberi fokus kepada peranan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anggota wanita sebagai pemimpin dalam bidang yang dimonopoli kaum lelaki dalam bidang penguatkuasaan undang-undang negara terutamanya keselamatan maritim.

Pelbagai pengisian menarik telah dibentangkan dan dibincangkan sepanjang forum ini berlangsung, Maritim Malaysia telah diwakili oleh dua pegawai kanan untuk membawa suara Agensi yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Ramly.

Zulinda yang juga wanita pertama dilantik sebagai Laksamana Pertama Maritim turut berkongsi pengalaman beliau berkhidmat dalam Maritim Malaysia serta keupayaan wanita sebagai pemimpin dalam Agensi ini.

Melalui penglibatan beliau dalam forum berkenaan, ia secara tidak langsung telah menunjukkan kredibiliti dan kepakaran pegawai Maritim Malaysia khususnya pegawai wanita dalam menguatkuasakan undang-undang maritim.

Malah penyertaan beliau dalam forum berkenaan turut membuktikan pegawai Maritim Malaysia berdaya saing dan setaraf dengan penguat kuasa dari negara-negara ASEAN lain.

Pembabitan dalam forum ini turut bertetapan dengan hasrat yang diterapkan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin iaitu warga agensi ini mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bidang seperti international relations bagi isu geopolitik, carilamat, penguatkuasaan dan pengurusan setanding pegawai-pegawai penguat kuasa di peringkat antarabangsa.

Selain Maritim Malaysia, delegasi negara turut disertai oleh wakil dari Pasukan Polis Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...