BM @ MY LNAEkonomi @ My LNA

YWM dan BSN Jalin Kerjasama Strategik Wakaf Tunai Malaysia

323

Dalam mendokong hasrat kerajaan untuk menjadikan wakaf sebagai salah satu elemen pemerkasaan ekonomi rakyat, Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) terus komited dan proaktif dalam usaha meningkatkan kutipan wakaf tunai Malaysia
dan mengembangkan potensinya.

Selari dengan matlamat ini, YWM telah melaksanakan kerjasama strategik bersama Bank Simpanan Nasional (BSN) dalam mempertingkatkan kutipan wakaf tunai Malaysia serta membuka peluang dan ruang kepada masyarakat untuk turut serta mengimarahkan ibadah wakaf menerusi platform perbankan di BSN.

BSN dilihat rakan strategik yang tepat dalam merealisasikan hasrat ini memandangkan BSN merupakan satu institusi kewangan yang telah lama bertapak di Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih sembilan (9) juta rakyat Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im bin Haji Mokhtar menerusi ucapan pelancaran Kerjasama Strategik Wakaf Tunai Malaysia antara YWM dan BSN berkata, kerajaan sentiasa cakna dan mengambil berat pembangunan wakaf di Malaysia dan ini terbukti apabila setiap sumbangan wakaf di bawah Skim Wakaf Tunai Malaysia YWM diletakkan di bawah Projek Berkepentinga n Nasional oleh Kementerian Kewangan yang membolehkan setiap pewakafan tunai melaluinya layak mendapat potongan cukai di bawah Seksyen 44 (11C) Akta Cukai Pendapatan 1967. Ia diikuti juga dengan perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap wakaf dalam setiap pembentangan Belanjawan Negara dan Rancangan Malaysia Lima Tahun.

Menerusi jalinan kerjasama strategik antara YWM dan BSN ini, penyediaan kepelbagaian platform pewakafan oleh BSN seperti Ejen Bank BSN (EB BSN), JomPay, ATM atau CDM, Perbankan Internet myBSN, e-biller dan melalui kaunter di Cawangan BSN bakal memudahkan akses kepada setiap lapisan masyarakat tidak kira di bandar atau luar bandar untuk berwakaf. Selain itu, dengan 3 langkah mudah sahaja, masyarakat juga boleh berwakaf menggunakan QR DuitNow BSN yang disediakan.

Setiap sumbangan wakaf terkumpul menerusi kerjasama ini akan ditukar kepada aset tetap (yang merupakan ‘ayn wakaf) yang akan memberikan impak dan manfaat kepada masyarakat secara keseluruhannya. Pengagihan dana wakaf ini kelak akan turut melibatkan Majlis Agama Islam Negeri dan pengagihannya pula terbahagi kepada empat (4) sektor iaitu solar / tenaga, pendidikan, kesihatan serta pembangunan ekonomi.

Sebelum dana sedia ada cukup untuk ditukarkan kepada aset tetap, dana terkumpul ini boleh dilaburkan dalam produk pelaburan patuh syariah BSN yang mempunyai ciri modal dilindungi bagi tujuan meningkatkan dana wakaf tersebut. Hasil daripada pelaburan yang dikenali sebagai Dana Manfaat Wakaf, ia akan digunakan bagi tujuan membiayai sektor-sektor agihan (berbentuk kebajikan) dan penggunaannya adalah lebih fleksibel.

Jay Khairil, Ketua Eksekutif BSN berkata, kerjasama antara BSN dan YWM ini membolehkan BSN memberi erkhidmatan lebih baik dengan mempercepatkan dan memudahkan kutipan wakaf melalui saluran perbankan BSN yang pelbagai dan menyeluruh sekaligus menyemarakkan lagi amalan berwakaf dalam kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, usahasama ini juga dapat mendorong pembangunan industri wakaf di Malaysia agar lebih progresif dan efisien
di samping membentuk budaya masyarakat yang celik mengenai manfaat wakaf.

Menurut YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im lagi, wakaf adalah sebahagian daripada komponen sektor Kewangan Sosial Islam dan jika diterokai potensinya melalui penglibatan semua masyarakat sama ada individu atau organisasi, wakaf bakal menjadi elemen terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Kerjasama ini dilihat turut menyumbang kepada pengembangan dana wakaf yang bersifat mampan dan lestari.

Di akhir ucapannya, beliau mengajak orang ramai untuk meneruskan berwakaf agar lebih banyak aset wakaf diwujudkan dan lebih ramai masyarakat dapat menikmati manfaat wakaf. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada BSN kerana memilih YWM sebagai rakan kerjasama dalam usaha memperkasakan wakaf di Malaysia dan mengharapkan sokongan daripada semua pihak untuk merealisasikan hasrat ini.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...