AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Lawatan Rasmi Timbalan Perdana Menteri ke Berlin, Jerman

408

31 Oktober 2023 – Selepas lawatan kerja ke United Kingdom (UK), Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengambil peluang untuk melawat Bosch di Berlin, Jerman. Di situ, Zahid yang juga merupakan Pengerusi Majlis TVET Negara telah mengadakan perjumpaan dengan wakil dari Bosch-Haus dan Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK).

Katanya, bersama GMIMARA, perbincangan adalah berkisar tentang potensi kerjasama dan perkongsian kepakaran, khususnya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Malaysia sedang membangunkan rangka tindakan komprehensif yang dikenali sebagai Dasar TVET Negara 1.0 – yang akan mecorakkan masa depan pendidikan vokasional di Malaysia. Rangka tindakan ini bertujuan bukan sahaja untuk menyampaikan kemahiran serta pengetahuan praktikal tetapi juga untuk membentuk aspirasi dan peluang bagi anak muda di dalam negara.

Saya percaya bahawa bakat belia Malaysia tidak seharusnya dihadkan semata-mata bagi pencapaian akademik sahaja tetapi mereka perlu dipandu oleh minat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM), yang memerlukan kemahiran praktikal.” kata Ahmad Zahid.

Keputusan mesyuarat yang diperoleh adalah seperti berikut:

a) Pertama, Dewan Perniagaan & Industri Jerman (DIHK) telah bersetuju untuk berkongsi kepakaran dan pengalaman mereka dalam membentuk satu kerjasama bersama Majlis TVET Malaysia, membantu kami mencipta rangka tindakan unik yang disesuaikan dengan program TVET Malaysia.

b) Tambahan itu, mesyuarat bersetuju bahawa Dewan Perniagaan Jerman Malaysia akan mengetuai dalam menyelaraskan syarikat-syarikat Jerman di Malaysia dan sebahagian daripada majlis penasihat yang khusus untuk membina ekosistem TVET di Malaysia.

c) Akhir sekali, Dewan Perniagaan Jerman akan memainkan peranan penting dalam mempromosikan program GDVT (German Dual Vocational Training) yang melibatkan penyertaan industri Malaysia. Ini akan membantu menyelaraskan tenaga kerja mahir Malaysia bersesuaian piawaian Jerman seterusnya menjadikan mereka lebih berdaya saing dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.

“Saya percaya, masa depan industri TVET adalah cerah, dan kerjasama dengan institusi TVET yang mantap seperti di Jerman ini sudah pastinya akan memangkin ekosistem TVET di negara kita. Kejayaan pelan tindakan ini nanti akan bergantung pada dedikasi, kerjasama yang berkesan dan akses kepada perkongsian kepakaran yang sedia ada.

Insya-Allah dengan komitmen dan kerjasama yang utuh, saya yakin, seperti di Jerman, Jepun, dan banyak negara maju lain – TVET akan menjadi pilihan utama pelajar dan menjadi penyumbang utama kepada tenaga kerja negara kita.” kata Ahmad Zahid.

Seterusnya, beliau berpeluang menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Institut Jerman-Malaysia (GMI) dan TH Brandenburg University of Applied Sciences di Universiti tersebut.

“MoU ini bertujuan untuk mewujudkan kerjasama akademik untuk pelajar Jerman A-level (GAPP), meneroka laluan pengajian untuk graduan Diploma GMI, peluang latihan tenaga pengajar (ToT) dan mewujudkan Program Pertukaran Kakitangan GMI.” ujar Ahmad Zahid.

Mengiringi beliau dalam rombongan ialah Dr. Asyraf Wajdi Dusuki, Pengerusi MARA, Dato’ Zulfikri Bin Osman, Timbalan Ketua Pengarah MARA, dan Encik Ahmad Solihin, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Jerman-Malaysia (GMI).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...