AMBernamaBM @ MY LNA

Lebih 2,000 sertai larian Northern Statsrun 2023

231
YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen Nibong Tebal telah menyempurnakan program Northern StatsRun 2023, turut hadir YBhg. Datin Seri Rozita binti Talha, Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia.

NIBONG TEBAL, Pulau Pinang, 30 Okt (Bernama) — Seramai lebih 2,000 orang telah menyertai Northern StatsRun 2023 yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kejuruteraan, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Program ini merupakan StatsRun ke-8 yang dianjurkan seumpanya oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan buat julung kalinya diadakan di wilayah utara.

YB Puan Fadhlina Binti Sidek, Menteri Pendidikan merangkap Ahli Parlimen P047 Nibong Tebal telah menyempurnakan program Northern StatsRun 2023 dengan menyampaikan hadiah kepada pemenang bagi kategori 10 km. Terdahulu peserta larian telah dilepaskan oleh YB Tuan H’Ng Mooi Lye, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar & Desa Negeri Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi. Program ini turut dihadiri YBhg. Datin Seri Rozita binti Talha, Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia serta Ketua Jabatan/ Agensi di Daerah Seberang Perai Selatan.

Northern StatsRun 2023 merupakan program yang dianjurkan secara bersama antara DOSM Negeri Pulau Pinang dengan DOSM Negeri wilayah utara iaitu DOSM Perak, DOSM Kedah dan DOSM Perlis.

Program larian ini terbahagi kepada dua kategori iaitu 10 km yang keunikan laluan lariannya merentasi tiga negeri iaitu Pulau Pinang, Perak, Kedah dan berakhir di Pulau Pinang serta 5 km Fun Run. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran statistik dalam kalangan masyarakat, meningkatkan jalinan kerjasama bersama komuniti dan pengamal media massa dan menggalakkan budaya hidup sihat di samping mempromosikan aktiviti DOSM berimpak tinggi iaitu Hari Statistik Negara 2023, Banci Ekonomi 2023 dan Banci Pertanian 2024.

Program Northern StatsRun 2023 ini telah menerima pendaftaran daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada masyarakat awam, agensi swasta/ syarikat korporat, Institut Pengajian Tinggi, pelajar sekolah, anggota perkhidmatan awam serta warga DOSM.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan semasa program tersebut iaitu senamrobik, pameran daripada agensi kerajaan dan swasta serta hadiah menarik turut disampaikan dalam acara cabutan bertuah. Program ini selesai pada pukul 10.30 pagi dengan program penyampaian hadiah kepada pemenang larian 10 km mengikut kategori.

Bersempena dengan Hari Statistik Negara (HSN) dengan tema Statsitik Nadi Kehidupan, DOSM Pulau Pinang telah menyusun pelbagai program dan aktiviti dalam bulan Oktober ini. Selain daripada Program Larian Northern StatsRun, antara program dan aktiviti lain yang dilaksanakan adalah Seminar Statistik Pertanian, Seminar Statistik Kependudukan, Seminar Kecergasan dan Program Zumbastic@USM pada 20 Oktober yang lepas.

DOSM telah melancarkan OpenDOSM NextGen sebagai medium yang menyediakan katalog data dan visualisasi bagi memudahkan pengguna menganalisis pelbagai data. OpenDOSM NextGen ialah platform perkongsian data sumber terbuka dan boleh diakses melalui portal https://open.dosm.gov.my.

Jabatan Perangkaan Malaysia akan menjalankan Banci Pertanian pada tahun 2024. Mohon layari https://www.myagricensus.gov.my/ untuk maklumat lanjut. “Banci Pertanian, Kunci Kemajuan Pertanian.”

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...