BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAIsu Semasa @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

KBS bantu perkasakan Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT)

278

28 Oktober 2023 – Susulan isu gimnas wanita Terengganu yang dilarang menyertai Temasya Sukan Malaysia disebabkan oleh garis panduan pakaian sukan, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah mengadakan Mesyuarat Bersama Persatuan Gimnastik Negeri Terengganu (PGNT) pada 26 Oktober lepas.

Mesyuarat tersebut dihadiri oleh Presiden Persatuan Abdul Razak Mat Amin serta Ahli Jawatankuasa Persatuan dan ibu bapa atlet Gimnastik.

Menurut Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh dalam satu kenyataan hari ini, pada masa ini gimnas wanita Terengganu memakai ‘unitard’ penuh badan. Peraturan Persatuan Gimnastik Antarabangsa (FIG) membenarkan pemakaian yang menutup anggota tubuh badan kecuali tapak tangan dan tapak kaki.

“Pakaian ‘unitard’ ini telah dipakai oleh ramai gimnas termasuk pasukan Gimnastik wanita Jerman di Sukan Olimpik Tokyo. Malah bekas gimnas negara Izzah Amzan juga telah memakai ‘unitard’ semasa penyertaan di Sukan SEA Vietnam dan Sukan Komanwel Birmingham dan telah memenangi pingat untuk negara.

Mesyuarat juga turut membincangkan tentang langkah-langkah yang boleh diambil oleh KBS untuk menyelesaikan isu tersebut. Antaranya, KBS akan mengadakan perbincangan lanjut bersama Exco Sukan Negeri Terengganu untuk mencapai satu persefahaman dan penyelesaian terbaik bagi menjaga kebaikan atlet-atlet gimnas wanita di Terengganu.” kata Hannah.

Pada masa yang sama, KBS turut membincangkan usaha-usaha untuk terus memperkasakan sukan gimnastik di Terengganu memandangkan sukan ini masih dijalankan di peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD),Majlis Sukan Sekolah Negeri Terenggsanu (MSST) dan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).

Kata Hannah, hasil daripada mesyuarat tersebut dan melihatkan perkembangan positif sukan Gimnastik di Terengganu, KBS bersetuju menyalurkan bantuan sebanyak RM100 ribu kepada PGNT melalui Majlis Sukan Negara yang bertujuan untuk menambahbaik peralatan sedia ada bagi membangun dan mengembangkan sukan gimnastik di Terengganu.

“Saya juga ingin mengumumkan bahawa Majlis Sukan Negara akan menempatkan Jurulatih Gimnastik Wanita di Dewan Gimnastik Bukit Payung Terengganu bagi membolehkan lebih ramai gimnas wanita dapat dikenalpasti dan diberikan latihan harian yang lebih sistematik.

Ini adalah bagi memastikan bakal-bakal gimnas wanita yang berminat berkecimpung dalam sukan gimnastik diberi peluang mendapatkan latihan dan pendedahan yang sewajarnya tanpa sebarang sekatan.” ujar Hannah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...