AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Solidariti Untuk Palestin : 2,000 Pelajar dan Kakitangan Politeknik Ungku Omar berhimpun manifestasi sokongan

520

IPOH, 27 Oktober 2023 – Seramai lebih 2,000 pelajar dan kakitangan Politeknik Ungku Omar (PUO) telah berhimpun sebagai tanda solidariti untuk Palestin dalam satu majlis khas, Himpunan Solidariti Politeknik Ungku Omar Bersama Palestin yang dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) PUO dengan kerjasama MyCARE (Humanitarian Care Malaysia Berhad).

MyCARE merupakan sebuah badan pertubuhan bukan kerajaan yang menyediakan bantuan kemanusiaan seperti bantuan bencana banjir, tempat perlindungan sementara, pembinaan semula rumah, pek makanan dan pendidikan serta aktif menggerakkan aktiviti bantuan untuk rakyat Palestin. Majlis telah diadakan di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar.

Di dalam majlis himpunan ini, para peserta himpunan turut mendengar ucapan aktivis MyCARE iaitu Ir. Haji Megat Shariffudin Ibrahim berkenaan situasi semasa di bumi Palestin.

Pada majlis sama, Tabung Palestin PUO turut dilancarkan oleh Pengarah PUO, Dr. Shamsuri Abdullah bagi membolehkan sumbangan dari warga PUO dikumpulkan sebelum kutipan keseluruhan diserahkan kepada Tabung Khas Bantuan Untuk Palestin yang diselaraskan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).

Himpunan Solidariti Politeknik Ungku Omar Bersama Palestin ini merupakan satu manifestasi keprihatinan warga PUO dalam melahirkan mahasiswa TVET yang holistik dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk ilmu pengetahuan, kemahiran teknikal serta cakna dan peka terhadap isu-isu sejagat agar dapat membentuk jati diri sebenar sebagai modal insan negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

M & A SECURITIES dan NEWPARADIGM Tandatangan Tajajamin Bagi Terbitan Hak Dengan Waran Untuk Perolehan Siab Holdings Berhad Terhadap Taghill

KUALA LUMPUR, 7 Mei 2024 – Siab Holdings Berhad (“Siab” atau “Syarikat”), pemain mapan dalam...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...