BM @ MY LNAPendapat @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Menerokai keseronokan dunia sains kesihatan

356
Peserta dan fasilitator Program CRL KIDSCIENCE bergambar di akhir program

Tahukah anda kumpulan darah manusia ditentukan dengan kehadiran atau ketiadaan protein pada sel darah merah? Dan bagaimana rupa bentuk sel darah manusia dan hidupan seni di bawah pembesaran mikroskop sebanyak 100 kali?

Persoalan ini terjawab dalam program KIDSCIENCE anjuran Central Research Laboratories (CRL), Fakulti Perubatan di Univesiti Malaya yang diadakan pada 28 Ogos baru baru ini.

Program ini adalah satu inisiatif CRL dalam memupuk minat kanak kanak sekolah kepada STEM khususnya

Juga merupakan satu platform pemindahan ilmu dan kepakaran staf UM kepada kanak kanak sekolah sebahagian satu khidmat sosial dalam membentuk komuniti cintakan STEM.

Peserta adalah terdiri dari 25 kanak-kanak sekolah dalam lingkungan 7-10 tahun dan merupakan program tahunan telah masuk tahun kedua pada tahun ini.

Program ini menyajikan aktiviti berbentuk hands-on dimana semua kanak kanak diberi peluang menyelidiki spesimen dan aktiviti bertemakan sains kesihatan seperti pengenalpastian patogen dan bakteria menggunakan mikroskop cahaya, ujian penentuan kumpulan darah, ujian kehadiran protein dalam makanan.

Setiap peserta diminta menyudahkan tugasan ringkas dengan melakukan eksperimen diminta fasilitator. Fasilitator-fasilitator terlibat merupakan staf makmal dan pegawai sains yang masing-masing mempunyai kemahiran serta pengalaman dalam bidang sains kesihatan.

Selain itu, peserta diberi peluang menjalankan eksperimen kepekatan cecair dan juga mengendali peralatan asas makmal penyelidikan seperti alat pengempar dan alat penimbang saintifik.

Aktiviti-aktiviti yang dimuatkan dalam program ini mampu memberi sifat ingin tahu dan mendorong kanak kanak mencintai dan meneroka sains terutamatanya sains kesihatan dan mengaitkan dengan pandemik yang melanda dunia pada 2020 di mana kanak kanak didedahkan teknik cucian tangan yang berkesan dan cara mencegah penularan wabak serupa.

Tambahan pula eksperimen merupakan asas dari penyelidikan yang dijalankan di Fakulti Perubatan namun direkayasa menjadi menarik, mudah difahami dan boleh dicerna setaraf kefahaman kanak kanak sekolah.

Memetik ucapan Prof. Dr. Shaliza Ibrahim, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Universiti Malaya dalam ucapan perasmian beliau di dalam acara FOM Research Carnival pada Oktober 2022 yang lalu, beliau menggesa diperbanyakkan program pemindahan ilmu kepada komuniti. “Komuniti merupakan rakan dalam objektif penyelidikan, dan penyelidikan perlulah diselenggara supaya memberi manfaat terbaik kepada komuniti,” katanya.

Menganjurkan program bagi memupuk minat kepada STEM sedari alam persekolahan adalah langkah terbaik membina masyarakat celik sains dan teknologi terutamanya sains kesihatan di masa hadapan.

Diharap agar program sebegini mampu membentuk ahli ahli masyarakat yang bersemangat tinggi, cintakan ilmu sains dan cakna dengan isu kesihatan sejagat.

“Melangkah kehadapan, komuniti penyelidikan, ahli ahli komuniti dan industri perlu bersama sama berikrar untuk mengambil pendekatan kreativiti dan penyelesaian inovatif terhadap isu sains dan masyarakat,” tambah beliau lagi.

Rata-rata kanak kanak dilihat sangat teruja mengendalikan peralatan makmal serta membuat eksperimen. Menambah keterujaan dan semangat tersebut, peserta diminta menyanyikan lagu kemerdekaan diringi kibaran jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan. Program diakhiri dengan penyampaian sijil dan pingat.

Maklumat lanjut program boleh didapati melalui Nosrihah Ismail, Juruteknologi Makmal Perubatan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...