BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Malaysia bersedia menjadi hub kecemerlangan sukan bagi bidang kejurulatihan sukan di peringkat ASEAN

364

THAILAND 1 September 2023 – Malaysia melalui Kementerian Belia dan Sukan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu telah menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri dan Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan ASEAN Berkaitan ukan dari 28 Ogos hingga 1 September 2023 di Chiang Mai, Thailand.

Menurut KBS, terdapat enam (6) mesyuarat telah diadakan iaitu 14th ASEAN Senior Officials Meeting on Sports pada 28 – 29 Ogos 2023, 6 th ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports dan 2nd ASEAN Plus Japan Senior Officials Meeting on Sports pada 30 Ogos 2023, 7th ASEAN Ministerial Meeting on Sports pada 31 Ogos 2023, 4 th ASEAN Plus Japan and 1st ASEAN Plus China Ministerial Meeting on Sports pada 1 September 2023.

“Pelbagai inisiatif dan program pembangunan sukan yang dilaksanakan oleh Negara Anggota ASEAN dan rakan dialog iaitu Republik Rakyat China dan Jepun bagi meningkatkan kesejahteraan dan peluang generasi muda telah diketengahkan dalam mesyuaratmesyuarat yang terlibat. Mesyuarat turut mengalu-alukan Timor Leste yang julung kali menghadiri mesyuarat-mesyuarat tersebut sebagai pemerhati.

Mesyuarat turut membincangkan dan membuat semakan ke atas kemajuan pelaksanaan inisiatif di bawah ASEAN Work Plan on Sports 2021-2025 selain mengkaji impak pelaksanaan menuju ke arah pembangunan Rancangan Kerja ASEAN dalam Sukan 2026-2030.

Mesyuarat telah bersetuju dengan kenyataan bersama MenteriMenteri Sukan ASEAN berhubung komitmen Negara Anggota ke atas pelaksanaan ASEAN Work Plan on Sports 2021-2025 dan memberi penghargaan kepada rakan dialog AMMS dan rakan strategik belia yang telah bersama-sama melaksanakan inisiatif-inisiatif pembangunan sukan di ASEAN.” kata KBS.

Selain itu beberapa inisiatif turut dibincangkan seperti promosi dan peliharaan sukan tradisi dan penglibatan wanita dalam sukan. Dalam hal ini, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Wanita ASEAN dalam Sukan dari 14 hingga 16 November 2023.

Turut dibincangkan adalah inisiatif mendalami kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Fédération Internationale de Football Association (FIFA) serta kesediaan Negara Anggota ASEAN dalam usaha membida Kejohanan Bola Sepak World Cup 2034 melalui platform Memorandum Persefahaman ASEAN-FIFA yang telah ditandatangan pada 2 November 2019.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...