Home MY LNA AM Menyemarak semangat kemerdekaan di Royal Belum
AMMerdeka @ My LNAMY LNAUTAMA

Menyemarak semangat kemerdekaan di Royal Belum

Terpanggil dengan semangat kemerdekaan yang menebal, seramai 26 warga Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya telah menjayakan sebuah program amal menyantuni masyarakat orang asli di Royal Belum, Perak, yang dinamai “XPDC Royal Belum.”

Para peserta yang terdiri daripada kakitangan akademik dan sokongan Fakulti telah meluangkan masa selama tiga hari dan dua malam untuk ekspedisi ini, yang turut meliputi aktiviti fizikal dan rekreasi. “Tujuan utama program ini adalah bagi mengeratkan perpaduan di kalangan warga Fakulti Kejuruteraan melalui program berbentuk ekspedisi, yang turut memuatkan aktiviti berziarah ke perkampungan orang asli di Royal Belum,” kata Mohd Ridzal Abdul Samat yang merupakan Pengarah program.

Menurutnya lagi, aktiviti menyantuni komuniti terpinggir ini bukan sahaja bertujuan bagi meringankan beban mereka melalui sumbangan yang diberi, malah memberi ruang kepada peserta ekspedisi untuk memahami cabaran dan permasalahan yang dihadapi mereka secara dekat. “Mungkin kehadiran kami tidak mampu menyelesaikan kesemua masalah yang menghantui mereka, namun sekurang-kurangnya kami cuba menjadi pengantara kepada hasrat yang ingin disampaikan mereka,” kata Mohd Ridzal lagi.

Selain pemberian sumbangan kepada penduduk Kampung Klewang, para peserta berpeluang berinteraksi dengan Tok Batin, yang antara lainnya berhasrat melihat terdapatnya kesinambungan dalam bentuk bantuan yang diberi. “Mereka amat mengharapkan agar kita dapat membantu dari segi pendidikan jarak jauh secara maya, memandangkan sudah pun terdapatnya prasarana perkhidmatan internet di situ,” kata Mohd Rizuwan Mahmad, salah seorang peserta ekspedisi.

“Harapan saya agar para peserta mampu menjiwai semangat kemerdekaan yang sebenar melalui penyertaan ekspedisi ini, dengan melihat sendiri bagaimana peranan kita boleh digembleng bagi membantu semua pihak dalam mengecapi kemajuan negara,” kata Mohd Ridzal mengakhiri temubual.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati melalui Ir. Dr. Nasrul Anuar Abd Razak di nasrul.anuar@um.edu.my

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Kajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Maulidurrasul agenda penyatuan ummah MADANI

Oleh: Prof. Madya Dr. Khadher Ahmad Saban tahun, umat Islam tidak terlepas...

Economy @ MY LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Promoting a community-based circular economy

By: Datin Sri Prof. Dr. Suhaiza Hanim Dato Mohamad Zailani Waste production...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

BernamaGaya Hidup @ My LNAMY LNAPelanconganUTAMA

‘Festival Kota Selatan’ Himpunan Kepelbagaian Seni Budaya dan Warisan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

PONTIAN, JOHOR,  25 Sept (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...