Home MY LNA AM Bank Muamalat meraikan kepelbagaian dan pemperkasa Komuniti Orang Asli pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023
AMBernamaMY LNAUTAMA

Bank Muamalat meraikan kepelbagaian dan pemperkasa Komuniti Orang Asli pada Sambutan Hari Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) baru-baru ini meraikan semangat perpaduan dan inklusiviti dengan menganjurkan sambutan Hari Kebangsaan 2023 bersama komuniti Orang Asli Gombak dengan kerjasama rakan strategik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Program ini turut meraikan sambutan Hari Orang Asli Sedunia, yang disambut setiap tahun pada 9 Ogos.
 
Bank Muamalat bersama rakan strategiknya, komited untuk merealisasikan matlamat program melalui sesi “Pocket Talk” yang memberi fokus utama dalam program pembangunan kelestarian melalui peningkatan tahap celik kewangan, kesedaran kepada penipuan kewangan dan akses kepada perkhidmatan perbankan untuk semua segmen masyarakat. Selain itu, tumpuan turut diberikan dalam memperluas peluang dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dengan kerjasama PERKESO.
 
Sebagai komitmen Bank Muamalat kepada kesejahteraan komuniti, pihak Bank turut menawarkan khidmat Klinik Bergerak Wakaf Muamalat dalam memberi perkhidmatan kesihatan kepada penduduk Orang Asli disekitar kawasan tersebut.
 
Pada sambutan tersebut, Bank Muamalat mengambil peluang untuk menyampaikan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat, di mana 66 pelajar, ibu tunggal dan asnaf dibukakan akaun simpanan berjumlah RM100 setiap seorang bagi meningkatkan akses kewangan mereka. Ia juga merupakan simbolik kepada sambutan Hari Kebangsaan Malaysia yang diraikan buat kali yang ke-66 pada tahun ini. Selain itu, Bank Muamalat turut memberi sumbangan tunai, bagi membantu memperkukuh projek pembangunan kelestarian Komuniti Orang Asli Gombak.
 
Selain sesi keterlibatan ini, program yang dianjurkan memberi peluang serta galakkan dalam penukaran budaya antara Bank Muamalat, rakan strategik bersama komuniti Orang Asli dalam aktiviti kebudayaan yang diadakan.
 
Encik Khairul Kamarudin, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, berkata, “Komitmen kami kepada ‘Kehidupan lebih baik, bersama” melangkaui perkhidmatan perbankan semata-mata. Ia melibatkan pemerkasaan individu melalui ilmu pengetahuan, peluang dan sokongan. Sambutan yang diadakan ini mencerminkan dedikasi kami terhadap inklusiviti dan misi kami untuk menjadi penggerak perubahan positif dalam komuniti melalui penawaran produk dan perkhidmatan kami.”
 
Untuk maklumat lanjut mengenai produk serta perkhidmatan kami, sila layari www.muamalat.com.my atau laman sosial Bank Muamalat. Orang ramai juga boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di talian 03-2600 5500, atau kunjungi cawangan Bank Muamalat yang berhampiran.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

Economy @ MY LNAHighlightsMY LNAMy LNA EnglishOpinion @ My LNA

Promoting a community-based circular economy

By: Datin Sri Prof. Dr. Suhaiza Hanim Dato Mohamad Zailani Waste production...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...

BernamaGaya Hidup @ My LNAMY LNAPelanconganUTAMA

‘Festival Kota Selatan’ Himpunan Kepelbagaian Seni Budaya dan Warisan Johor, Negeri Sembilan dan Melaka

PONTIAN, JOHOR,  25 Sept (Bernama) — Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menerusi...

Education @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

British Council introduces game changing IELTS One Skill Retake for IELTS test takers in Malaysia

British Council IELTS is now offering an option to retake specific sections...