AMBerita @ My LNABM @ MY LNAUTAMA

KPDN setuju lanjutkan OP TIRIS ke FASA 2 – Armizan

439
Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali

PUTRAJAYA, 24 Ogos 2023 – Pemangku Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali memaklumkan bahawa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan langkah pemerkasaan gerak kerja penguatkuasaan di bawah pelaksanaan OPS TIRIS bagi memastikan isu ketirisan subsidi minyak diesel dapat dibanteras.

Menurut Armizan, OPS TIRIS telah dilancarkan oleh KPDN pada 1 Mac 2023 sehingga 31 Ogos 2023 selama 6 bulan bertujuan membanteras penyelewengan dan penyeludupan minyak diesel bersubsidi yang telah menyebabkan kerugian besar kepada Kerajaan serta mengakibatkan ketirisan berlaku setelah sebahagian bekalan diesel bersubsidi tidak sampai kepada golongan sasar.

Katanya berdasarkan statistik penguatkuasaan OPS TIRIS bermula 1 Mac 2023 sehingga 23 Ogos 2023, sebanyak 10,351 pemeriksaan telah dilakukan di seluruh Negara, manakala sebanyak 121 aduan telah diterima berhubung isu berkaitan dalam tempoh yang sama.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 459 kes telah direkodkan yang melibatkan rampasan dan sitaan ke atas 4.31 juta liter minyak diesel bernilai RM9.23 juta dan aset serta peralatan lain sebanyak RM25.24 juta menjadikan nilai keseluruhan berjumlah RM34.48 juta.

Sebanyak 379 tangkapan juga telah dilakukan dalam tempoh yang sama melibatkan 305 individu merupakan warganegara, 71 individu merupakan warga asing manakala 3 individu adalah pemastautin tetap.” kata Armizan.

Tambah beliau, Bahagian Penguat Kuasa KPDN telah berjaya membuka sebanyak 459 kes termasuklah 225 kes serahan yang diterima daripada rakan agensi strategik iaitu Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Berdasarkan analisis data yang dilakukan, tindakan penguatkuasaan melalui pelaksanaan OPS TIRIS telah menunjukkan impak positif dan Kementerian telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan OPS TIRIS kepada FASA 2.0 sehingga 31 Disember 2023.

“Selain meneruskan operasi sedia ada, antara penambahbaikan yang akan dilaksanakan melalui OPS TIRIS FASA 2.0 ini adalah perluasan skop siasatan yang lebih menyeluruh meliputi rantaian bermula daripada sumber pembelian bekalan sehingga kepada pembeli haram (illicit buyer). Ini bertujuan untuk mendapatkan gambaran terperinci berhubung keseluruhan rantaian pasaran gelap minyak diesel yang disyaki turut melibatkan sindiket.

Selain itu, OPS TIRIS FASA 2.0 akan melibatkan komponen Business Intelligence Unit (BIU) atau Unit Risikan Perniagaan yang akan beroperasi di bawah Bahagian Penguat Kuasa KPDN bermula 1 September 2023. Penubuhan unit baharu ini bertujuan untuk menjalankan tugasan perisikan perniagaan di pasaran melibatkan isu-isu berkaitan sektor barang kawal subsidi, perdagangan, pengedaran & perniagaan, industri perkhidmatan dan perniagaan dalam talian serta hal ehwal kos sara hidup. ” kata Armizan.

KPDN komited melaksanakan arahan Perdana Menteri untuk memperhebatkan aktiviti penguatkuasaan di semua peringkat sebagaimana yang ditegaskan dalam pertemuan beliau bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Penguatkuasa yang berhubungan dengan Jenayah Kewangan semalam, 23 Ogos 2023

Melalui platform OPS TIRIS 2.0 juga, Bahagian Penguat Kuasa KPDN akan merintis risikan terhadap ketirisan subsidi lain seperti LPG, Minyak Masak, Beras dan Gula.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...