BM @ MY LNAPendapat @ My LNA

Isu Malaysia Bukan Negara Madani

344

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -Saya ingin memberi respons kepada beberapa kenyataan berkaitan Malaysia MADANI, maka eloklah kita melihat sejenak konsep dan falsafah sebenar Gagasan Malaysia MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa terminologi telah digunakan oleh para sarjana Islam yang menunjukkan maksud tamadun seperti Al-Madaniyyah, Al-Umran, Al-Hadarah dan Al-Tamaddun. Al-Madaniyyah diambil daripada kata akar ‘Madinah’ iaitu negara Islam pertama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW. Al-Farabi menggambarkan Madaniyyah sebagai pencapaian umat Islam di kota yang berasaskan kepada wahyu iaitu akidah, syariah dan akhlak.

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat (hlm. 972), Madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. Malaysia MADANI merupakan suatu ikhtiar secara bersepadu dan holistik untuk menjadikan segala dasar dan pelaksanaan di Malaysia lebih manusiawi yang sentiasa ditambah baik menerusi musyawarah dan maklum balas rakyat. 

Jika diteliti, gagasan Malaysia MADANI ini juga berasaskan konsep negara Madinah yang mana Rasulullah SAW berjaya menyatupadukan warga Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum bukan sahaja sesama umat Islam (muhajirin dan ansar), bahkan juga dengan bukan Islam (Yahudi) melalui Piagam Madinah sebagai satu bangsa (one nation).

MADAM bukanlah konsep yang baru diperkenalkan oleh Anwar İbrahim. la telah bermula ketika beliau menjawat Timbalan Perdana Menteri Malaysia (1993-1998) dan sentiasa disebut dalam pelbagai ucapan di persidangan nasional mahupun antarabangsa sepanjang beliau bergiat sebagai aktivis sosial dan ahli politik.

Menyoroti idealisme, gagasan dan wawasan Perdana Menteri Malaysia terdahulu pun, slogan-slogan seperti Wawasan 2020, Islam Hadhari, 1 Malaysia dan Keluarga Malaysia diperkenalkan bagi menjadikan Malaysia sebuah negara bangsa yang membangun, sejahtera, berdaya saing dan harmoni dalam kehidupan masyarakat majmuk Malaysia berbilang kaum dan agama. Gagasan Malaysia MADANI juga tidak terkecuali.

Menurut Profesor Emeritus Datuk Dr Osman Bakar, gagasan Malaysia MADANI merupakan sebuah wawasan kenegaraan dan falsafah sosial yang menggariskan enam prinsip asas sebagai landasan pembangunan Malaysia yang lebih majü dan adil. Enam Nilai Teras yang dicerakin daripada perkataan MADANI itü sendiri iaitu Kemampanan, Kesejahteraan, Daya Cipta, Hormat, Keyakinan dan Ihsan merupakan nilai komprehensif yang berjaya menghubungkan idea MADANI antara isu-isu kontemporari dengan falsafah madani dalam pemikiran Islam klasik.


Oleh yang demikian, dakwaan yang mempersoalkan falsafah gagasan Malaysia MADANI ini perlu diperbetulkan semula dan dihayati bersama. Ayuhlah kita bersama-sama pimpinan kerajaan hari ini untuk memahami dasar dan falsafah Malaysia MADANI yang sebenar serta bersatu hati ke arah mencapai masyarakat majmuk Malaysia MADANI yang harmoni dan bersatupadu. 


PROF. MADYA DR. MOHAMED AZAM MOHAMED ADIL
Ketua Pengarah
Institut Kefahaman Islam Malaysia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

Sistem CIPM MCMC raih anugerah

CYBERJAYA, 18 Mei 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MOTAC siasat insiden 300 jemaah haji terkandas di Mekah

PUTRAJAYA, 17 Mei 2024 – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Dato Sri...

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

Jabatan Imigresen Malaysia serbu kilang E-Waste didalangi warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan operasi penguatkuasaan di sebuah premis tidak...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Wahai mahasiswa, sudah dimanfaatkankah kebebasan yang diberi oleh universiti?

Oleh: Dr. Abdul Muqit Muhammad Kebebasan akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat...