AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPengguna @ My LNA

Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat Lotus’s Malaysia dirasmikan

451

KUALA LUMPUR, 17 Ogos 2023 – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Pn Hajah Fuziah Salleh telah merasmikan Kempen Beli Barangan Malaysia peringkat Lotus’s Malaysia yang diadakan di Lotus’s Cheras hari ini.

Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidp )KPDN), Kempen tersebut bertujuan untuk meningkatkan kebolehpasaran barangan buatan Malaysia, meningkatkan keinginan pengguna untuk membeli barangan tempatan, memupuk semangat patriotisme rakyat Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang kualiti barangan buatan tempatan dan membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan mempromosikan dan mempamerkan produk-produk mereka.

Kata KPDN, sehingga kini, Lotus’s Malaysia mempunyai sebanyak 112 rakan kongsi PKS tempatan yang menawarkan
lebih daripada 900 jenis produk, di mana sebanyak 90% disahkan Halal.

“Sempena KBBM, Karnival Mini di perkarangan Lotus’s Cheras diadakan dengan menampilkan beraneka sampel produk daripada 17 jenama buatan tempatan bermula hari ini hingga Ahad, 20 Ogos 2023.

Sebagai tanda pengiktirafan kepada usahawan tempatan dan produk-produk buatan tempatan, Lotus’s telah menganugerahkan 10 PKS berprestasi terbaik bagi tahun 2022 dan mengumumkan 12 pembekal baharu yang menyertai rangkaian Lotus’s PKS bagi tahun 2023.

Sebagai Kementerian yang meneraju inisiatif KBBM, KPDN amat menggalakkan penglibatan rakan strategik dalam memupuk semangat patriotisme dalam kalangan pengguna untuk SOKONG dan BELI produk buatan Malaysia.” kata KPDN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Tiada Gangguan Bekalan Air Mei ini, Air Selangor tangguh penyelenggaraan LRA Sungai Selangor

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal berkenaan kesahihan mesej...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Sumbawa, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Shopee Jamin Pembelian Tanpa Risiko dengan 15 Hari Pemulangan Percuma

KUALA LUMPUR, 14 Mei 2024 – Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia...