Home MY LNA AM Menteri KPKT pengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh
AMMY LNA

Menteri KPKT pengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh

PUTRAJAYA, 17 Ogos 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming telah mempengerusikan Sesi Libat Urus Inisiatif Belanjawan 2024 Bersama Pemegang Taruh KPKT bertempat di Dewan Kristal, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) pagi ini.

Menurut KPKT, sesi libat urus tersebut diadakan bertujuan untuk mendapatkan input, pandangan dan cadangan daripada semua pihak yang berkepentingan dan terlibat secara langsung dengan KPKT khususnya berkaitan sektor perumahan, pengurusan sisa pepejal, pengurusan bencana, kemampanan bandar dan kesejahteraan komuniti serta pemerkasaan perkhidmatan Kerajaan Tempatan.

Kata KPKT, ia melibatkan pelaksanaan program di bawah inisiatif Belanjawan 2024 bagi melipat gandakan usaha dalam meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat selari dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang bertemakan Memperkasa Rakyat. Seramai 243 pemegang taruh terdiri daripada pemain industri seperti Syarikat Pemaju Perumahan, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Syarikat Swasta, Persatuan-Persatuan mewakili komuniti, pihak Universiti dan pelbagai Agensi Kerajaan hadir sama dalam majlis tersebut.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

“Sesi libat urus ini merupakan salah satu platform yang penting bagi KPKT untuk mendapatkan idea-idea baharu dan cadangan daripada pemegang taruh bagi inisiatif Bajet 2024 yang akan dilaksanakan oleh KPKT agar ia dapat memenuhi ekspektasi rakyat.” kata Nga Kor Ming.

Selari dengan Peluncuran Ekonomi MADANI yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Julai yang lalu, KPKT telah memberi fokus kepada lima (5) agenda progresif iaitu:

(i) Memperkasa peniaga kecil melalui MyKiosk;

(ii) Memboleh daya golongan yang tidak berpendapatan tetap untuk memiliki rumah pertama dengan jaminan Kerajaan menerusi Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP);

(iii) Membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah;

(iv) Melancarkan urusan perniagaan (Ease of Doing Business) melalui OSC 3.0 Plus; dan

(v) Menyediakan Garis Panduan Stesen Pengecasan Kenderaan Elektrik (EV) bagi membantu mencapai sasaran 10,000 stesen EV pada tahun 2025.

Penganjuran majlis tersebut juga dijangka dapat membantu KPKT meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat selaras dengan gagasan Malaysia MADANI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health

Mental health resilience and struggles are critical issues affecting a significant portion...

Environment @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

MELP: Empowering youth for sustainable energy and environmental resilience

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The successful transition to a cleaner...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...