BM @ MY LNAPolitik @ My LNA

BN Kedah akur kekalahan, gagal bentuk Kerajaan Perpaduan negeri

376

Barisan Nasional (BN) Kedah akur dengan kekalahan dan menerima keputusan dibuat oleh rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung semalam.

Pengerusinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, BN tetap berterima kasih kepada seluruh rakyat Kedah dan pada masa sama, menzahirkan ucapan tahniah kepada Perikatan Nasional (PN) yang berjaya membentuk kerajaan negeri.

“Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh jentera BN yang telah bertungkus-lumus dan bekerja keras sepanjang kempen PRN kali ini.

“Kita akur dan menerima kekalahan ini kerana inilah adat pertandingan. Akan ada pihak yang kalah dan ada yang menang,” katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Jelas beliau, BN tetap berlapang dada dan menghormati keputusan rakyat Kedah yang menolak untuk meletakkan kepercayaan di tangan Kerajaan Perpaduan bagi mentadbir negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah turut menasihatkan semua ahli UMNO dan BN Kedah untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak atas kekalahan pada PRN kali ini.

“Saya nak berpesan kepada semua ahli-ahli UMNO dan BN untuk bertenang dan tidak menuding jari kepada mana-mana pihak.

“Kita telah berusaha menawan hati pengundi bukan hanya semasa kempen PRN sahaja, malah dari dulu lagi kita sentiasa berkhidmat kepada rakyat. Tapi apabila rakyat mengambil keputusan tidak memilih BN, kita redalah dengan ketentuan Allah,” katanya.

Mahdzir yang juga calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Pedu tewas kepada calon PN-PAS yang juga penyandang kerusi, Mohd Radzi Md Amin dengan majoriti 6,373 undi.

Beliau memperoleh 8,024 undi, ketinggalan agak jauh dengan Mohd Radzi yang meraih 14,397 undi.

“Saya menerima kekalahan saya di DUN Pedu dengan hati terbuka dan mendoakan semoga pengundi di Pedu akan mendapat segala kebaikan selepas membuat pilihan menolak saya dan mengekalkan wakil rakyat berkenaan,” katanya.

Mantan Menteri Besar Kedah itu pernah bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu selama dua penggal pada 2004 hingga 2013.

Selain Mahdzir, dua nama besar PH-BN yang turut tewas ialah Pengerusi PH Kedah, Datuk Mahfuz Omar dan Pengerusi DAP negeri, Tan Kok Yew.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengekalkan penguasaan di DUN Jeneri dengan memperoleh 16,050 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Datuk Muhammad Khizri Abu Kasim.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...