Home MY LNA Anthony Loke kesal dengan tindakan Ramasamy
MY LNAPolitik @ My LNA

Anthony Loke kesal dengan tindakan Ramasamy

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy kononnya beliau tidak ada “courtesy” untuk memaklumkan keputusan untuk tidak menamakan dia sebagai calon DAP pada Pilihanraya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung pada Sabtu ini.

Jelas Anthony, pada hari Selasa, 25 Julai 2023, beliau bersama Naib Pengerusi Kebangsaan DAP Saudara Nga Kor Ming telah pergi ke Pulau Pinang untuk bertemu secara bersemuka dengan setiap penyandang ADUN yang tidak dicalonkan semula dalam PRN kali ini sebelum Majlis Pengumuman Calon DAP pada petang yang sama.

“Pertemuan itu berlangsung di Ibupejabat DAP Pulau Pinang dan turut disertai oleh Pengerusi DAP Pulau Pinang Saudara Chow Kon Yeow. Nga, Chow dan saya menemui setiap penyandang yang tidak dicalonkan secara berasingan dan saya sendiri memaklumkan keputusan parti kepada mereka dan memberi peluang kepada mereka untuk memberikan pandangan balas.

Sesi tersebut berlangsung selama lebih satu jam dan menyebabkan saya terlewat dalam majlis pengumuman calon.” kata Anthony.

Justeru, beliau berasa amat kesal dengan tindakan Ramasamy yang sanggup membohong dalam perkara ini.

Katanya, pembohongan ini menghilangkan semua rasa hormat beliau kepada Ramasamy sebagai bekas pensyarah beliau.

“Saya mengulangi bahawa sesiapa sahaja yang meninggalkan parti selepas tidak dicalonkan semula dalam pilihanraya adalah orang yang tidak ikhlas dan setia kepada perjuangan parti. Mereka hanya menunggang parti demi kedudukan dan jawatan. Apabila tiada lagi jawatan, parti ditinggalkan.” tegas Anthony.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health

Mental health resilience and struggles are critical issues affecting a significant portion...

Environment @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

MELP: Empowering youth for sustainable energy and environmental resilience

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The successful transition to a cleaner...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...