Ekonomi @ My LNA

MyKiosk tingkatkan taraf sosio ekonomi rakyat

937

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming telah menyempurnakan Majlis Pelancaran MyKiosk bertempat di tapak kiosk jalan Putra Perdana 5C, Taman Putra Perdana, Sepang, Selangor pada pagi ini.

Menurut KPKT, MyKiosk merupakan inisiatif kerajaan dalam membantu perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan untuk kembali berdaya saing dan meningkatkan keupayaan perniagaan. Ia bertujuan untuk meningkatkan taraf sosio ekonomi penduduk setempat dengan memberi manfaat kepada para peniaga melalui pemberian kadar sewaan kiosk yang rendah. Ia turut menyediakan ruang niaga yang seragam, selamat dan selesa kepada peniaga.

Jelas KPKT, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pendapatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terlibat melalui sewaan kiosk yang dikenakan kepada peniaga.

“Bagi menyokong hasrat ini, Kerajaan Perpaduan menyediakan peruntukan sebanyak RM50 juta bagi membina baharu dan menaik taraf 3,000 gerai dan kiosk sebagai kemudahan penjaja kecil untuk berniaga di lokasi tumpuan seluruh negara. Kos anggaran seunit kiosk adalah antara RM15,000 hingga RM20,000 termasuk panel solar bagi setiap unit. Sehingga Julai 2023, KPKT telah meluluskan sebanyak 3,173 unit kiosk kepada 113 PBT berjumlah RM49.14 juta.

Pada masa ini, 100 unit kiosk telah disiapkan di lima (5) lokasi melibatkan Majlis Perbandaran Sepang, Majlis Perbandaran Kuala Langat, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Bandaraya Seremban dan Majlis Perbandaran Port Dickson. Manakala, bagi lokasi-lokasi yang lain adalah dalam tempoh pelaksanaan dan akan disiapkan dalam
tahun ini.” kata KPKT.

KPKT telah menetapkan beberapa kriteria pelaksanaan MyKiosk seperti berikut;

i. Penempatan kiosk di tempat tumpuan orang ramai seperti di kawasan komersial dan perniagaan, kawasan pelancongan, dataran, berdekatan jalan raya utama dan lain-lain kawasan yang bersesuaian;

ii. Keutamaan diberikan kepada golongan B40 dan penempatan semula peniaga sedia ada ke lokasi yang lebih strategik dan selamat;

iii. Pengecualian sewaan kepada peniaga selama enam (6) bulan pertama pelaksanaan;

iv. Kadar sewaan kiosk mestilah tidak melebihi RM300 sebulan;

v. Menggunakan reka bentuk dan bahan yang telah ditetapkan oleh KPKT;

vi. Kiosk akan menjadi hakmilik dan perlu diselenggara oleh PBT.

“MyKiosk adalah inisiatif yang didorong oleh kerangka Ekonomi Madani di mana memberi peluang untuk golongan B40 memulakan perniagaan dan sekaligus memperbaiki kehidupan mereka. Sumbangan peniaga kecil tidak pernah dipandang remeh oleh KPKT, malah peningkatan ekonomi mikro turut memberi kesan positif kepada ekonomi negara.

KPKT akan memantau inisiatif MyKiosk dari semasa ke semasa bagi memastikan ia benar-benar dapat membantu penjaja menjana dan meningkatkan pendapatan, selaras dengan hasrat Ekonomi Madani Memperkasa Rakyat.”” ujar Nga Kor Ming.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

Malaysia mempunyai beberapa produk berpotensi dieksport ke Arab Saudi

PUTRAJAYA, 8 Mei 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri...

BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Tindakan puak Houthi di Yaman tidak beri impak besar kepada ekonomi Malaysia

Menteri Pelaburan, Perdagangan & Industri, Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...