BM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPertanian @ My LNA

Malaysia mempunyai beberapa produk berpotensi dieksport ke Arab Saudi

193

PUTRAJAYA, 8 Mei 2024 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu menerima kunjungan hormat daripada Menteri Perdagangan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dr. Majid bin Abdullah Al-Kassabi di Wisma Tani, Putrajaya semalam.

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pertemuan sulung kedua-dua pemimpin itu membincangkan kerjasama dua hala terutamanya dalam sektor pertanian, penyelidikan dan usaha untuk meningkatkan akses pasaran.

“YB Menteri menekankan potensi beberapa produk Malaysia untuk dieksport ke Arab Saudi seperti buah-buahan tropika iaitu buah nangka dan nanas, produk nilai tambah haiwan dan makanan haiwan (termasuk makanan haiwan berasaskan protein serangga yang diproses), produk sedia untuk dimakan (ready-to-eat), produk telur, tenusu serta produk akuatik seperti ikan patin sejuk beku.

Di samping itu, pihak MARDI menyatakan hasrat untuk menyambung kerjasama sedia ada antara MARDI dan National Research and Development Center for Sustainable Agriculture (ESTIDAMAH) terutamanya mengenai proses mengimport keratan buah naga dan sarang lebah madu.” katanya.

Pihak Arab Saudi telah berkongsi inisiatif inovasi Wawasan 2030 Kerajaan Arab Saudi yang boleh dimanfaatkan oleh Malaysia terutamanya dalam bidang pertanian serta membuka peluang kerjasama baharu bagi kedua-dua negara.

Di akhir pertemuan, Mohamad Sabu telah menjemput TYT Dr. Majid ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2024 yang dijadualkan pada 11 hingga 22 September 2024 dan turut mempelawa penyertaan pihak Arab Saudi dalam acara dwitahunan tersebut.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...