AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Tukar bungkusan/label beras tempatan, KPDN ambil tindakan tegas – Salahuddin

306

PUTRAJAYA, 9 JULAI 2023 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memandang serius dan akan mengambil tindakan tegas sekiranya mempunyai maklumat berhubung penyelewengan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab cuba mengambil kesempatan dengan menukar bungkusan/label beras tempatan dan dijual dalam pasaran pada harga beras import demi mendapatkan keuntungan berlipat kali ganda.

Menurut Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub dalam satu kenyataan hari ini, tindakan undang-undang akan diambil ke atas mana-mana pihak yang didapati membuat perihal dagangan palsu mengenai kandungan, jenis atau nama di bawah Seksyen 5 Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan penalti seperti berikut:

i. Individu; boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM 100,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan;

ii. Syarikat; boleh didenda sehingga RM 250,000.00.

“KPDN ingin memberikan amaran dan peringatan keras kepada semua peniaga agar sentiasa mematuhi perundangan yang telah ditetapkan termasuklah tidak mengambil kesempatan dengan melakukan penyelewengan ke atas penjualan beras dengan menukar bungkusan/label beras tempatan kepada beras import dan dijual pada harga jualan runcit beras import bagi mengelakkan dikenakan tindakan tegas.” kata Salahuddin.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

Formula Surcaj Lewat Bayar Bil Elektrik TNB Yang Tular Adalah Salah

Oleh : JomCheck Tular di media sosial tuduhan bahawa Tenaga Nasional Berhad...