AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

[Video] Lawatan Menteri KPKT ke Projek Aspire Residence 2023

299

CYBERJAYA, 27 JUN 2023 : Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming telah mengadakan lawatan tapak di projek Kediaman Aspire Residence, Cyberjaya bagi melihat sendiri kemajuan projek berkenaan pada semalam. Sesi lawatan ini turut disertai oleh Datuk Hasleen Bin Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara (SPNB).

Menurut Nga Kor Ming, dalam tempoh 3 tahun bermula Ogos 2020 di bawah pengurusan baharu Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Datuk Hasleen Bin Isnin, SPNB telah melalui satu fasa penyusunan semula strategi bagi memastikan syarikat ini kembali fokus sebagai peneraju penyediaan kediaman mampu milik dengan pelbagai penyelesaian isu-isu legasi telah berjaya dicapai sehingga hari ini yang melibatkan Projek Kediaman SPNB dan Program Rumah Mesra Rakyat (RMR).

“SPNB selaku agensi pelaksana yang menyumbang kepada penyediaan rumah mampu milik berkualiti dan berdaya huni di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah melaksanakan transformasi yang memberi impak positif signifikan kepada sektor pembinaan rumah mampu milik kepada rakyat di negara.” ujar beliau.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...