AMBM @ MY LNAKeselamatan @ My LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

9 PEGAWAI TERIMA KENAIKAN PANGKAT MARITIM MALAYSIA

632

PUTRAJAYA, 23 Jun 2023 – Seramai 9 orang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah dinaikkan pangkat berkuatkuasa semalam.

Majlis Pemakaian Pangkat Maritim telah disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim dengan turut diiringi Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Khairul Anwar bin Bachok.

Mendahului senarai penerima pemangkuan pangkat ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah sekaligus menerajui kempimpinan di Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim, Ibu Pejabat Maritim Malaysia Putrajaya dengan pangkat Laksamana Muda Maritim gred Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C.

Diikuti senarai, empat pegawai kanan menerima pemangkuan pangkat daripada Kepten Maritiim kepada Laksamana Pertama Maritim; Kepten Maritim Vincent a/l Rajamony sebagai Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Kepten Maritim Zulinda binti Haji Ramly sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan & Penyelarasan Maritim di Ibu Pejabat Putrajaya yang secara tidak langsung telah melakar sejarah di dalam perkhidmatan Maritim Malaysia di mana beliau menjadi pegawai kanan wanita pertama yang dinaikkan pangkat sebagai Laksamana Pertama Maritim.

Seterusnya ialah Kepten Maritim Hamizan bin Harun ditempatkan sebagai Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Ibu Pejabat dan Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed ditempatkan bagi menerajui Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sebagai Pengarah Maritim Negeri serta Ketua Stesen Udara Maritim Subang, Kepten Maritim Syed Islam bin Shahajam menerima pemangkuan pangkat kepada Laksamana Pertama Maritim seterusnya ditempatkan bagi menerajui Bahagian Operasi Udara Ibu Pejabat.

Terakhir, tiga pegawai Penerbang Maritim menerima pemangkuan pangkat daripada Leftenan Komander Maritim kepada Komander Maritim, ialah Komander Maritim Mohd Rais bin Hj Othman, Komander Maritim Ismail bin Mohamadon dan Komander Maritim Anahar bin Mohd @ Yahya.

Majlis pada hari ini turut disaksikan oleh Pemangku Pengerusi PUSPANITA APMM, YBhg Datin Norazilta binti Hamali bersama para isteri dan ahli keluarga pegawai-pegawai yang menerima kenaikan pangkat, di samping dihadiri oleh pegawai-pegawai dan anggota-anggota lain-lain pangkat ibu pejabat serta turut ditonton menerusi sidang video oleh warga Maritim Negeri.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...