AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Salehuddin ketuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei”

269

TELUK SEPANGGAR, 23 JUN 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini telah mengetuai “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia – Brunei” – Projek Pembekalan LPG Tidak Bersubsidi ke Negara Brunei Darussalam yang diadakan di Teluk Sepanggar, Kota Kinabalu, Sabah.

Menurut Salehuddin, Program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” merupakan satu bentuk kerjasama ekonomi antara Malaysia dengan negara jiran yang bersempadan dengan negara ini dengan menumpukan kepada pembekalan barangan keperluan.

Objektif program tersebut adalah bagi meningkatkan keterjaminan bekalan serta peningkatan kerjasama perdagangan antara negara ini dan negara jiran.

“Bagi program “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei”, ianya dimulakan dengan pembekalan LPG tidak bersubsidi dari Malaysia ke Brunei dan akan diperluaskan dengan barangan keperluan lain yang akan diperincikan di antara kedua-dua negara pada masa akan datang.

PETRONAS menerusi pengeluaran LPG di Loji Teluk Sepanggar, Sabah, telah bersetuju untuk membekalkan sebanyak 150 Tan Metrik (MT) LPG tidak bersubsidi kepada Brunei. Pembekalan LPG disempurnakan oleh syarikat Brunei Shell Marketing Company (BMSC) Sendirian Berhad dari Terminal Minyak dan LPG Teluk Sepanggar, Sabah ke Brunei telah bermula 16 Jun 2023 sehingga 01 Julai 2023.

Pada masa yang sama, pihak KPDN memberi jaminan bahawa pembekalan LPG tidak bersubsidi ke Brunei tidak akan menjejaskan kelangsungan bekalan LPG di dalam negara.” kata Salehuddin.

Kerjasama ekonomi serantau terutama dengan negara jiran adalah potensi baharu yang wajar diterokai dan dipertingkatkan oleh pemain industri perdagangan di negara ini.

“Adalah diharapkan “Misi RAHMAH Ekonomi Sempadan Malaysia-Brunei” ini dapat memberi pelbagai nilai tambah kepada kedua – dua negara dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi pada masa kini.” ujar beliau.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...