PUTRAJAYA, 14 JUN 2023 – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan bahawa tema sambutan Hari Bapa pada tahun ini adalah Terima KASIH Ayah.

Menurut KPWKM, Terima KASIH Ayah telah diangkat sebagai tema pada sambutan yang jatuh pada 18 Jun tahun ini bagi menghargai peranan ayah sebagai ketua keluarga yang menjadi suri teladan kepada anak-anak.
“Bersempena sambutan Hari Bapa pada tahun ini, KPWKM melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memberi fokus kepada lima (5) nilai pengkayaan keluarga, iaitu K.A.S.I.H yang merangkumi (K)asih sayang, (A)khlak atau pun peribadi mulia, (S)ihat fizikal dan mental, ber(I)lmu dan (H)armoni sebagai teras yang perlu ada dalam keluarga yang mana peranan utamanya didokong oleh seorang ayah.
KPWKM menyeru masyarakat untuk bersama-sama menyemarakkan lagi sambutan Hari Bapa bagi membentuk masyarakat dan komuniti yang lebih penyayang serta mengamalkan sifat Ihsan yang sememangnya menjadi tonggak dalam pembentukan Malaysia Madani.” kata KPWKM.
Hari Bapa disambut pada Ahad minggu ketiga bulan Jun setiap tahun bagi menghargai peranan, jasa dan pengorbanan seorang ayah yang menjadi pelindung keluarga.
- Artificial Intelligence (AI) Robots Market to Reach USD 89.57 Billion by 2032, at 29.46% CAGR | Research by SNS Insider
- Sunrise Lawn Care in Katy TX Highlights Community Partnerships
- Singapore’s Tolaram Welcomes IFC Investment in Lagos Free Zone to Boost Industrial Growth and Economic Diversification in Nigeria
- Make the Moment: The 2025 OnePlus Photography Awards Calling for Creativity Worldwide
- MEET48 Unveils Multiple AI Products, Redefining the Future of the Entertainment Industry
Leave a comment