AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

Strategi perkasakan kualiti perkhidmatan PBT dirangka

108

PUTRAJAYA, 14 Jun 2023 – Kerajaan pada hari ini bersetuju untuk memperkasa dan mempertingkatkan kualiti sistem penyampaian perkhidmatan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) melalui dua (2) strategi utama iaitu memboleh daya modal insan dan menambah baik tadbir urus Kerajaan Tempatan.

Menurut Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT), di dalam Mesyuarat Majlis Negara Kerajaan Tempatan (MNKT) Ke-80 pada hari ini yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Perladangan dan Komoditi Dato’ Sri Fadillah Yusof bertempat di Bangunan Parlimen, sebanyak tujuh (7) kertas telah dibentangkan merangkumi empat (4) kertas pertimbangan dan tiga (3) kertas makluman.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, Menteri Besar, EXCO Kerajaan Negeri, Menteri-Menteri Persekutuan yang berkaitan dan Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan.

“MNKT Ke-80 telah menggariskan strategi bagi memboleh daya modal insan melalui penubuhan sebuah jawatankuasa di bawah Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) bagi membolehkan pegawai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) ditempatkan ke PBT yang lain. Cadangan ini dibentangkan oleh Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang bertujuan untuk memperkasa penyampaian perkhidmatan Kerajaan Tempatan melalui peningkatan aspek pengalaman, akauntabiliti dan kredibiliti pegawai PBT.

Di bawah strategi yang sama, Profesional JKR diberi penarafan sebagai badan profesional yang mewakili Kerajaan bagi mendapatkan Sijil Perakuan dan Pematuhan (CCC) bagi bangunan yang dibina secara kaedah konvensional dalaman JKR. Ianya juga bertujuan menambah baik aspek keselamatan supaya semua bangunan Kerajaan yang terlibat akan mempunyai CCC dan seterusnya memenuhi prasyarat bagi memperoleh Sijil Perakuan Bomba serta dapat diinsuranskan.

Bagi strategi penambahbaikan proses dan prosedur di peringkat Kerajaan Tempatan, inisiatif Penambahbaikan dan Pengukuhan Kecekapan Proses dan Prosedur OSC 3.0 Plus dan Kelulusan Pelan Pemajuan akan dilaksanakan bagi memendekkan tempoh kelulusan Pelan Pemajuan serta Kebenaran Merancang.” kata KPKT.

Selain itu, mesyuarat juga telah bersetuju dengan Cadangan Pindaan Jadual Kedua, Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) bagi membolehkan penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan, Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Perbadanan Pengurusan di kawasan pemajuan berstrata turut dilaksanakan berasaskan norma baharu iaitu secara dalam talian sepenuhnya atau secara dalam talian dan secara bersemuka (hybrid) mengikut tatacara dan kaedah pelaksanaan yang digariskan. Pelaksanaan itu diharapkan dapat memberi kemudahan atau pilihan kepada pihak pemaju, Badan Pengurusan Bersama (Joint Management Body – JMB) dan Perbadanan Pengurusan (Management Corporation – MC) dalam memenuhi keperluan Akta 757 serta melindungi hak komuniti strata.

Tambah KPKT, Kerajaan melalui Kementerian Kerja Raya turut bersetuju dengan penambahbaikan mekanisme pemantauan kualiti pembinaan di samping menambah baik mekanisme pemantauan sedia ada Sistem Binaan Berindustri [Industrilised Building System (IBS)] melalui Cadangan Pengukuhan Mekanisme Pelaksanaan Sistem Binaan Berindustri Dalam Industri Pembinaan bagi Sektor Swasta yang menekankan penetapan 70 skor IBS.

Selain itu, mesyuarat juga mengambil maklum berhubung Garis Panduan Taman Eko Sisa yang dibangunkan oleh KPKT sebagai panduan dan rujukan oleh Pihak Berkuasa Negeri / Pihak Berkuasa Tempatan bagi mempertimbang permohonan berkaitan pembangunan Taman Eko Sisa dalam mewujudkan ekosistem yang kondusif ke arah ekonomi kitaran.

“Mesyuarat turut mengambil maklum Prosedur Pemotongan Bekalan Elektrik ke atas Premis yang Melanggar Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171] dan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172] oleh Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC). Prosedur ini akan membolehkan pihak PBT menutup bekalan elektrik bagi mengekang atau mengurangkan aktiviti di premis-premis yang melakukan kesalahan di bawah Akta 171 atau Akta 172.

Kerajaan Persekutuan bersama-sama dengan Kerajaan Negeri akan terus bekerjasama bagi memastikan dasar, perundangan dan hal ehwal mengenai kerajaan tempatan ditambah baik seterusnya meningkatkan elemen daya huni demi kesejahteraan komuniti. Kesemua perkara yang telah dibincang dan dipersetujui dalam Mesyuarat MNKT kali ini akan dapat membantu usaha Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dalam pemerkasaan PBT dan meningkatkan tahap perkhidmatan PBT kepada rakyat.” ujar KPKT.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAHak Asasi @ My LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Mereka perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh: Dr. Mohd Salim Mohamed Baru-baru ini satu drama mengenai khunsa telah...

AMBM @ MY LNAJenayahPengguna @ My LNA

KPDN serbu stor haram tempat simpan LPG

PUTRAJAYA, 9 Mei 2024 – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Salahkah tayang bahagia di media sosial?

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor Pada suatu ketika dahulu, ramai...

Biz @ My LNABM @ MY LNA

AGM Globetronics Ke-27 berjaya dengan Semua Resolusi Utama Diluluskan

PULAU PINANG, 8 Mei 2024 – Globetronics Technology Bhd  (“GTB” atau “Kumpulan”), pemain yang terkenal...