AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPerladangan @ My LNAPertanian @ My LNAUTAMA

Fadillah turun padang santuni pekebun kecil getah di Baling

228

BALING 11 JUN 2023 – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof telah turun padang menyantuni lebih 150 pekebun kecil getah semasa sesi Sembang Getah Warung bertempat di Kampung Charok Gorok Baling, Kedah hari ini.

Sumber Foto : Facebook Rasmi Timbalan Perdana Menteri Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof

Turut bersama beliau menyantuni golongan pekebun kecil di Baling ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) Dato’ Mad Zaidi bin Mohd Karli dan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dato’ Dr Zairossani bin Mohd Nor.

Menurut KPK, Program Sembang Getah Warung merupakan program berkonsep santai anjuran KPK bersama LGM sebagai platform berinteraksi secara langsung antara pekebun kecil dengan pengurusan tertinggi Kementerian bagi membincangkan isu-isu semasa selain bertukar pendapat dan berkongsi cadangan penambahbaikan dalam industri getah.

“Sesi bersama pekebun kecil getah tersebut merupakan sebahagian daripada rangkaian acara turun padang Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof di bawah Program Trek Komoditi KPK 2023 (Zon Utara Semenanjung) yang bermula pada 10 Jun 2023 hingga 12 Jun 2023.

Antara isu yang dibincangkan adalah berhubung kejatuhan harga getah, bantuan dan insentif oleh Kerajaan dan usaha-usaha Kerajaan dalam menangani masalah utama dalam industri getah. Pelbagai maklumat mengenai Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL), Program Transformasi Perusahaan Getah Negara (TARGET) dan Projek Pembangunan Model Adaptasi Teknologi Getah (ADTEG) RRIM Hydrobest turut disampaikan semasa sesi tersebut.” kata KPK.

Kampung Charok Gorok, Baling, Kedah merupakan antara lokasi di bawah projek ADTEG yang mana keseluruhan peserta projek ini melibatkan 30 orang peserta dengan keluasan 75.99 hektar. Bantuan yang diberikan termasuk pemberian input pertanian (baja, racun rumpai, racun kulat dan racun anai-anai), alat pertanian seperti pisau toreh dan tong racun serta teknologi rangsangan pokok getah (RRIM Hydrobest).

Bagi Program TARGET pula, pelaksanaan pertama projek bermula di daerah Padang Terap, Kedah melibatkan sebanyak empat (4) usahawan getah dan satu (1) koperasi.

Setakat ini, pelaksanaan projek adalah pada fasa inkubator yang melibatkan dua (2) usahawan getah yang mana Pusat Pengumpulan Getah Krip (PPGK) di lokasi premis akan dibangunkan.

Fadillah juga berkesempatan melawat ke kawasan kebun getah yang terlibat dalam Projek ADTEG.

Menyedari cabaran-cabaran semasa ekonomi global yang memberi impak kepada industri getah negara, Kerajaan sentiasa komited dalam merangka dasar dan strategi untuk meningkatkan daya saing dan daya maju industri getah melalui teknologi dan inovasi daripada LGM. Justeru, Kerajaan sedang meneliti inisiatif dan projek berimpak tinggi yang sedia ada serta berpotensi dilaksanakan khususnya bagi menjamin kesejahteraan pekebun kecil getah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Isu keciciran dalam pelajaran perlu ditangani bersama

Oleh: Dr. Samsul Farid Samsuddin Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Timbalan Menterinya Wong...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNA

Gen Z Percaya Pempengaruh untuk Cadangan Tulen

71% Gen Z Guna Strim Langsung seperti Shopee Live untuk Pembelian Bijak...