AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAUTAMA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

113

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan sesi dialog dengan para pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi berhubung langkah-langkah untuk memperkukuh pemacuan pertumbuhan ekonomi dan merangsang pelaburan domestik.

Dalam sesi tersebut, Anwar menekankan petunjuk awal indikator ekonomi memperlihatkan bahawa dasar fiskal Kerajaan dan langkah Belanjawan 2023 telah membuahkan hasil meskipun menghadapi pelbagai cabaran yang diwarisi sejak Kerajaan mengambil alih pada November 2022 iaitu :

  • Malaysia telah mencapai pertumbuhan Suku Pertama (S1) 2023 yang memberangsangkan sebanyak 5.6% (berbanding unjuran 2023 sebanyak 4% hingga 5%) dan mengurangkan kadar pengangguran kepada 3.5% (berbanding 5.2% pada Mei 2020).
  • Pelaburan yang diluluskan pada S1 2023 mencecah RM71 bilion, meningkat 60% daripada RM45 bilion pada S1 2022. Ini disokong oleh minat pelaburan yang tinggi daripada, antaranya, Amazon Web Services, Tesla EV, Geely / Proton Automotive City di Tanjung Malim dan Ronsheng Petrochemicals di Pengerang.
  • Pengesahan penarafan kredit oleh Fitch dan Moody’s masing-masing pada Februari 2023 dan April 2023 mencerminkan keyakinan mereka terhadap iltizam Kerajaan untuk mengekalkan momentum pertumbuhan ekonomi walaupaun di tengah-tengah situasi global yang sangat mencabar.

Anwar turut menekankan sekali lagi komitmen Kerajaan untuk memacu pertumbuhan yang inklusif dan mampan, memulihkan keyakinan terhadap institusi awam dan tatakelola serta mempertegak keadilan sosial untuk semua rakyat Malaysia, selaras dengan visi Malaysia MADANI.

Katanya Kerajaan telah mengambil pelbagai langkah untuk memangkin dan menarik pelaburan berkualiti tinggi yang akan menghasilkan hubungan dengan para usahawan tempatan dan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi. Ini termasuk langkah Belanjawan 2023 untuk menyokong PKS khususnya melalui penyediaan pelbagai kemudahan pembiayaan dan jaminan bernilai RM40 bilion.

“Kerajaan komited untuk meningkatkan lagi untuk mempermudah aktiviti perniagaan dan menyokong pelaburan langsung domestik,” kata Anwar semasa sesi dialog yang dihadiri oleh dewan perniagaan seperti Dewan Perniagaan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) dan Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) dan bank-bank.

“Untuk terus menggalakkan pertumbuhan domestik, Kabinet telah menumpukan usaha untuk mempercepat pelaksanaan projek Kerajaan dan memudahkan kelulusan bagi aktiviti perniagaan antaranya termasuklah permohonan berkenaan ekspatriat yang berkemahiran,” Anwar.

Dasar dan keutamaan ekonomi di bawah Kerajaan Perpaduan akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023). Oleh itu, Anwar menjemput kumpulan perniagaan untuk mengemukakan input dan cadangan berhubung rancangan ekonomi yang bakal dibentangkan tersebut.

Beliau turut mempelawa orang ramai untuk berkongsi cadangan berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan lagi ekonomi negara melalui segmen “Suarakan Pendapat Anda” di lawan web rasmi Kementerian Kewangan www.mof.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Aneka Jaringan Rekod Pendapatan Kukuh RM54.2 Juta pada Suku 2 TK2024, Tanda Satu Lagi Pertumbuhan

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Aneka Jaringan Holdings Berhad (“Aneka Jaringan” atau “Kumpulan”; Bursa:...