BM @ MY LNASains, Teknologi & Komunikasi @ My LNAUTAMA

RM51.8 JUTA HASIL JUALAN INOVASI TEMPATAN DI JANA MELALUI SANDBOX TEKNOLOGI & INOVASI NEGARA (NTIS)

165

KUALA LUMPUR, 30 Mei 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) telah meraikan Majlis Dua (2) Tahun Kemajuan Sandbox Teknologi &
Inovasi Negara (NTIS). Dilancarkan pada tahun 2020 dan telah berjaya menyokong para inovator tempatan untuk mengkomersialkan produk, teknologi dan inovasi tempatan semalam.

NTIS diterajui oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI) sebagai sekretariat utama disokong oleh MIMOS Berhad, Malaysia Technology Development Corporation (MTDC) dan Futurise Sdn. Bhd.

“NTIS ditubuhkan selaras dengan Dasar Sains, Teknologi dan Inovasi Nasional (DSTIN) 2021-2030, seiring dengan usaha MOSTI untuk mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing, meningkatkan peluang pekerjaan untuk rakyat
Malaysia, meningkatkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)/Pendapatan Negara Kasar (PNK), meningkatkan penyertaan, pelaburan dan kerjasama dalam penyelidikan oleh sektor swasta serta meningkatkan kadar pengkomersilan negara,”
kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Tuan Chang Lih Kang.

YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi turut memaklumkan bahawa dalam jangkamasa dua tahun ini, sebanyak 24 inovasi berjaya dikomersialkan melalui NTIS dan menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta.

Di samping bantuan dana, program NTIS juga telah memudahkan kawal selia untuk 43 kes dengan 18 agensi kerajaan. Program NTIS turut disokong oleh 50 rakan kongsi dalam Rangkaian Pecutan Inovasi yang menawarkan teknologi, tapak ujian dan mekanisme pembiayaan. Kira-kira 50 peratus syarikat yang melalui program NTIS telah memajukan penyelesaian mereka dalam sektor agritech, medtech, biztech dan fintech.

Sebanyak 10 tapak sandbox telah dimajukan setakat ini dengan peruntukan bagi penyelesaian perubatan dan penjagaan kesihatan, pertanian dan perhutanan, bandar pintar dan pengangkutan, pembuatan pintar, alam sekitar dan biodiversiti dan
lain-lain.

Dzuleira Abu Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, berkata bahawa Jawatankuasa NTIS telah bekerja keras untuk penambahbaikan strategi dalam peralihan produk berasaskan teknologi secara berkesan ke arah pengkomersialan.
“Melalui NTIS, syarikat teknologi dan inovasi boleh memajukan prototaip dan pembuktian konsep mereka dalam persekitaran yang terkawal dan selamat. Dengan ujian tekanan dan sokongan dari segi pengawalseliaan, jangka masa untuk
pemasaran sesuatu produk boleh disingkatkan. Penyelesaian teknologi tempatan boleh diakses oleh lebih banyak industri dan komuniti tempatan dengan mudah, tersedia dan mudah diakses.”

Program NTIS menyediakan laluan pantas untuk pembangunan dan pengujian langsung (live testing) berasaskan penggerak teknologi termasuk sistem pintar canggih (advance intelligence systems), bahan pintar (smart materials), analisis tambahan dan teknologi penemuan (advanced analysis and discovery technologies) serta dron dan robotik (drone and robotics).

Tahun 2023 NTIS mensasarkan pembangunan 2 lagi tapak Sandbox, menyelaras 70 syarikat permulaan dan membantu 20 produk atau penyelesaian untuk dikomersialkan sejajar dengan sasaran yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, di mana NTIS dijangka mengkomersialkan 100 produk menjelang 2025.

Peluang pekerjaan dijangka akan terus meningkat dalam tempoh dua tahun akan datang atas kegigihan para inovator di Malaysia yang kini semakin rancak. Sebanyak 244 peluang pekerjaan kini telah pun dicipta di samping 24 penyelesaian
telah dihasilkan untuk menangani cabaran masyarakat dan sektoral yang dihadapi negara.

Beberapa syarikat yang telah berjaya antaranya ialah MSD Innovation Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi pertanian yang menggunakan sistem Smart Urban Farming di enam lokasi telah membangunkan Manual Latihan Pertanian Bandar Pintar (SUF) yang mengandungi modul Teknikal dan Keusahawanan untuk melibatkan peserta B40 yang berusia antara 20 hingga 60 tahun sebagai petani pintar.

Selain itu, Poladrone (kini Aonic), sebuah syarikat pemaju teknologi dron, telah menerima bantuan dari segi pembangunan garis panduan Operasi Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) dan Operasi UAS Pertanian Arahan Penerbangan Awam
(CAD) untuk menghasilkan Sijil Kerja Udara (AWC) yang kini telah mewujudkan 30 peluang pekerjaan dalam pengendalian dron untuk sektor pertanian.

Manakala sebuah syarikat pembekal perkhidmatan dron, Meraque, berjaya membangunkan Teknologi Semburan Dron Hibrid pertama di Malaysia melalui program NTIS. Meraque turut terlibat secara langsung dalam inisiatif Pasukan Tindakan Kecemasan Khas Dron (PTK2Dron) yang diselaraskan oleh MOSTI dan MRANTI bagi memberi bantuan misi menyelamat ketika banjir pada Disember 2021 di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor.

Pada majlis yang sama, YB Menteri turut melancarkan Buku Dua Tahun NTIS serta menyaksikan perjanjian kerjasama antara NTIS, diwakili MRANTI, bersama TIME dotCom Berhad (TIME), serta MRANTI bersama Innovation & Technology Managers
Association (ITMA) & Asiatech.

TIME sebagai Rakan Kongsi Rangkaian Pecutan Inovasi bergabung tenaga bersama NTIS untuk memacu kerjasama dalam pelbagai kapasiti, berkhidmat sebagai rakan kongsi Teknologi, Rakan Kepakaran dan Rakan Fasiliti. Manakala kerjasama MRANTI bersama Asiatech dan ITMA melibatkan persetujuan semua pihak untuk melaksana dan mempromosi kerjasama akademik dan strategik untuk program pensijilan Rakan Pengkomersilan Teknologi (TCA).

Untuk maklumat lanjut mengenai NTIS, sila layari www.sandbox.gov.my.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Ramadan platform bina kesedaran diri, sosial 

Oleh: Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Bulan Ramadan bukan sahaja...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNAUTAMA

Deklarasi Pemimpin Agama & NGO Agama Menyokong Tuntutan Reformasi 100% Bersih

Kami pemimpin pertubuhan pelbagai agama memerhati perkembangan semasa politik negara dengan dekat....

BernamaBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNA

Isu Kalimah Allah : Punca kecuaian pihak vendor dan KK Mart, tiada kena mengena dengan kerajaan

KUALA LUMPUR, 18 Mac 2024 – Tular kebelakangan ini berhubung isu penjualan stoking...