AMBM @ MY LNAKomunikasi Digital @ My LNA

PM RASMI HARI WARTAWAN NASIONAL (HAWANA) 2023

143

IPOH, 28 Mei – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023, yang menghimpunkan kira-kira 1,000 pengamal media serta wakil persatuan dan kelab wartawan Malaysia di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, Perak.

Beliau diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Besar Perak, YAB Datuk Seri Saarani Mohamad dan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.

Perhimpunan terbesar pengamal media Malaysia itu dianjurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan pelaksanaannya oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Bertemakan “Media Bebas, Tunjang Demokrasi”, sambutan ini bertujuan untuk menghargai sumbangan dan jasa pengamal media dan wartawan veteran tempatan dalam pembangunan negara dan bangsa.

Pada majlis itu, Perdana Menteri menyampaikan hadiah kepada seorang penerima Anugerah HAWANA 2023 dan tiga orang penerima bantuan Tabung Kasih@HAWANA yang terdiri daripada wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Majlis itu adalah kemuncak kepada sambutan HAWANA 2023 yang berlangsung dari 27 hingga 29 Mei, dengan pelbagai perancangan diatur untuk fraterniti dan pakar industri media.

Sempena sambutan HAWANA 2023, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah memperkenankan agar tiga orang pengamal media di negeri itu diberi penghormatan membaca Khutbah Jumaat bertemakan “Kewartawanan: Menyempurnakan Tugas Berlandaskan Nilai-Nilai Islam” pada 26 Mei.

Baginda turut berkenan meraikan kira-kira 250 pengamal media yang menyertai sambutan HAWANA 2023 dalam majlis santapan malam di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar semalam.

Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan edisi pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...