Home MY LNA AM ‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR
AMKeselamatanMY LNAPertahananUTAMA

‘AQUAMAN’ MARITIM MALAYSIA PENYELAMAT SAR

LANGKAWI, 27 Mei 2023 – Mungkin ada yang mengenali watak Aquaman lakonan Jason Mamoa terbitan produksi Hollywood yang menampilkan watak superhero mempunyai kuasa berunsurkan air dan berada di laut bagi menyelamatkan manusia dari pelbagai bahaya.

Cerita fiksyen yang diadaptasikan dari komik terbitan DC mungkin ada persamaan dengan Pasukan Perenang Penyelamat (Rescue Swimmer) di bawah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang bertindak bagi melaksanakan operasi mencari menyelamat atau Search And Rescue (SAR) di Zon Maritim Malaysia.

Ditubuhkan pada 1 Julai 2008, pasukan di bawah kendalian Bahagian Operasi Udara Maritim Malaysia ini memulakan tugas dengan hanya lima orang anggota Maritim Malaysia yang berpangkat Laskar Kelas I .

Sebelum betul-betul dilantik menjadi Rescue Swimmer, anggota berkenaan perlu menghadapi persediaan awal dengan mengikuti kursus FRLS (First Responder Life Support). Mereka juga mesti memiliki kemahiran untuk menyediakan bantuan kecemasan asas untuk individu yang akan diselamatkan.

Pada fasa kolam, anggota perlu melepasi ujian latihan fizikal dengan berenang bebas selama 12 minit dengan kedalaman minimum 500 meter, menyelam dalam air sejauh 25 meter dan tunda rakan sejauh 50 meter.

Disamping persediaan berkenaan, mereka perlu menjalani kursus lain bagi memastikan mereka betul-betul bersedia dalam menghadapi sebarang kemungkinan.

Menjangkau usia penubuhan 15 tahun, kini Rescue Swimmer mempunyai seramai 11 anggota termasuk 3 tenaga pengajar.

Pasukan ini merupakan penyelamat tunggal negara dimana ia dikhususkan bagi menyelamat mangsa yang berada di tengah laut, diatas kapal dagang,pulau, bot dan sebagainya serta memberikan bantuan kecemasan untuk mangsa termasuk di darat dengan pelbagai jenis keadaan cuaca ekstrem dan mencabar.

Antara kejayaan Rescue Swimmer dalam menyelamatkan mangsa adalah:

1.Kejadian lima pemancing yang terkandas pada 18 Ogos 2022 selama 15 jam di Pulau Batu Berantai Jeram, Selangor.

2.Empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika menyelam di Pulau Tokong Sanggol, Mersing, tengah hari pada 6 April 2022.

3.Tiga pemancing bersama mayat hanyut 15 jam berhampiran Pulau Tenggol, Terengganu pada 9 Mei 2019.

4.Kayak terbalik: 16 jam bertarung nyawa, dua pelancong dijumpai selamat pada 9 Oktober 2017.

Atas kepakaran dan kecekapan yang mereka miliki, pasukan ini sering digelar ‘aquaman’ oleh mangsa yang telah diselamatkan serta keluarga mereka.

Bersempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2023 (LIMA’23), Maritim Malaysia turut membawakan pasukan berkenaan bagi mengadakan demonstrasi menyelamat mangsa melalui kaedah winching bagi mempamerkan bagaimana pasukan berkenaan menjalankan operasi menyelamat mangsa di laut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Health @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

Build Mental Resilience and Mindfulness to address Mental Health

Mental health resilience and struggles are critical issues affecting a significant portion...

Environment @ My LNAHighlightsMY LNAMy LNA English

MELP: Empowering youth for sustainable energy and environmental resilience

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The successful transition to a cleaner...

Ekonomi @ My LNAMY LNAUTAMA

SPT dilancarkan secara rasmi

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara...