AMBM @ MY LNA

KSN sempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) 2022

178

KUALA LUMPUR 28 Mei 2023 – Majlis Penyampaian Sijil Penarafan Malaysian Government Performance Index (MyGPI) Tahun 2022 telah diadakan oleh – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) hari ini.

Ia melibatkan kluster Kementerian dan kluster Agensi Pusat dan Jabatan Utama (APJU) di Dewan Sri Baiduri, INTAN Bukit Kiara yang telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dato’ Seri Mohd Zuki Ali.

Menurut MAMPU, MyGPI merupakan satu program untuk menilai prestasi agensi sektor awam yang memberi fokus kepada dua (2) dimensi iaitu dimensi pengurusan organisasi dan dimensi pendigitalan perkhidmatan melalui tadbir urus yang baik ke arah reformasi sektor awam.

“Program MyGPI ini turut menyumbang kepada peningkatan kedudukan negara di peringkat global melalui pengukuhan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan komuniti perniagaan. Rakan strategik MAMPU ialah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (UPP), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Audit Negara (JAN), Agensi Keselamatan Siber (NACSA) dan Biro Pengaduan Awam (BPA).” kata MAMPU.

Dalam majlis tersebut, Sijil Penarafan MyGPI telah disampaikan kepada 26 kementerian, lima (5) Agensi Pusat dan Jabatan Utama serta Jabatan Wilayah Persekutuan (sebelum ini dikenali sebagai Kementerian Wilayah Persekutuan).

“Sebanyak empat (4) agensi iaitu Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya berjaya mencapai kategori Platinum dengan skor markah 90 peratus dan ke atas yang merupakan kategori penarafan tertinggi.

Adalah diharapkan dengan adanya program MyGPI ini, agensi sektor awam dapat meningkatkan lagi usaha-usaha penambahbaikan penyampaian perkhidmatan awam yang memenuhi ekspektasi stakeholders – rakyat, komuniti bisnes dan pengurusan tertinggi.” ujar MAMPU.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...