AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAPerumahan @ My LNAUTAMA

SPNB KOMITED TINGKAT PENYEDIAAN RUMAH MAMPU MILIK SEJAJAR ASPIRASI MALAYSIA MADANI

149

KOTA BHARU, 12 MEI 2023 – Ketua Setiausaha (KSU) KPKT Datuk M Noor Azman bin Taib yang mewakili Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Tuan Nga Kor Ming (YB KM), telah menyerahkan kunci kepada penerima rumah di
bawah Program Rumah Mesra Rakyat (RMR) serta memberi penghargaan kepada kontraktor cemerlang di Majlis Penyerahan Kunci dan Penghargaan Program RMR peringkat negeri Kelantan di Kota Bharu pada petang semalam.

Menurut KPKT dalam satu siaran media, sehingga kini, Negeri Kelantan telah menerima 13,719 jumlah permohonan semenjak program ini diperkenalkan pada tahun 2002. Sepanjang Januari sehingga April 2023 pula, negeri Kelantan telah menerima 740 jumlah permohonan dan terdapat 662 permohonan lagi masih dalam senarai menunggu.

Berikutan sambutan yang amat baik diberikan, pihak Kerajaan menyasarkan untuk membina sejumlah 500 unit RMR khusus kepada pemohon di Negeri Kelantan pada tahun ini yang bakal melibatkan RM10 juta subsidi daripada Kerajaan Persekutuan.

“Pembinaan RMR telah menyaksikan Kelantan menjadi negeri yang mempunyai jumlah pembinaan RMR tertinggi di Malaysia berbanding negeri-negeri yang lain.

“KPKT amat menghargai penerima-penerima RMR di Kelantan yang telah mencatatkan rekod pembayaran semula pinjaman yang baik kepada SPNB. Trend aliran pembayaran ini telah membantu SPNB untuk membuat pusingan modal awal bagi pembinaan unit RMR yang lain dan secara tidak langsung, pemilik RMR di Kelantan telah menyumbang kepada pembinaan lebih banyak unit RMR di seluruh negara”. kata Datuk M Noor Azman.

Sejak program ini diperkenalkan, 9,260 unit RMR telah berjaya dibina di negeri Kelantan yang telah melibatkan peruntukan subsidi sebanyak RM185 juta daripada pihak Kerajaan Persekutuan.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...