Home AM Laporan “Double-Six Tragedy” boleh dimuat turun
AMMY LNAPengangkutan

Laporan “Double-Six Tragedy” boleh dimuat turun

12 April 2023 – Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook (Anthony Loke) memaklumkan bahawa proses untuk menyahklasifikasikan Laporan Siasatan Akhir Kemalangan Udara Pesawat Sabah Air Nomad N-22B 9M-ATZ yang berlaku pada 6hb Jun 1976 “Double-Six Tragedy”) telah selesai pada 6hb April 2023.

Menurut Anthony dalam satu kenyataan media hari ini, sebagai Menteri Pengangkutan yang bertanggungjawab ke atas
penerbangan awam dan siasatan kemalangan udara, beliau telah mengelaskan semula laporan siasatan akhir tersebut sebagai dokumen terbuka dengan menggunakan kuasa yang diperuntukkan di bawah Seksyen 2C Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Mulai hari ini, laporan lengkap tersebut dapat dimuat turun dari laman web rasmi Kementerian Pengangkutan Malaysia di :
Https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad.

Untuk makluman, laporan siasatan akhir kemalangan udara Nomad N22B 9M-ATZ disiapkan pada 25hb Januari 1977 dan kemudian dibentangkan ke Jemaah Menteri pada bulan Mac 1977. Namun begitu, hasil siasatan laporan tersebut tidak pernah diumumkan. Oleh demikian, selama hampir 47 tahun ahli keluarga mangsa-mangsa yang terlibat tidak dapat
mengetahui fakta dan sebab di sebalik nahas kemalangan udara tersebut.” kata Anthony.

Seramai sebelas (11) nyawa telah terkorban dalam tragedi Double-Six, termasuk barisan pimpinan kanan Kerajaan Negeri Sabah ketika itu seperti berikut:

I. Tun Fuad Stephens – Ketua Menteri Sabah
II. Datuk Peter Joinod Mojuntin – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah
III. Datuk Chong Thien Vun – Menteri Perhubungan dan Kerja Raya Sabah
IV. Datuk Salleh Sulong – Menteri Kewangan Sabah
V. Datuk Darius Binion – Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah
VI. Datuk Wahid Peter Andau – Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah
VII. Dr Syed Hussein Wafa – Pengarah Unit Perancang Ekonomi Sabah
VIII. Ishak Atan – Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia
IX. Koperal Said Mohammad – Pengawal Peribadi kepada Ketua Menteri Sabah
X. Johari Fuad Stephens – Anak kepada Ketua Menteri Sabah
XI. Gandhi J Nathan – Juruterbang Pesawat 9M-FTZ

“Di peringkat Kementerian Pengangkutan, setiap insiden penerbangan haruslah disiasat secara telus dan menyeluruh untuk menerap kepercayaan antarabangsa terhadap keupayaan Malaysia dalam membina sebuah industri penerbangan yang berkredibiliti dan menepati piawian tertinggi. Kementerian Pengangkutan komited untuk meneruskan dasar keterbukaan ini.” ujar Anthony.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Economy & FinanceHighlightsMY LNA

MALAYSIA SECURES RM23.07 BILLION OF POTENTIAL JAPANESE INVESTMENTS

Kuala Lumpur, 2 June 2023 – Malaysia has emerged as a prime...

Economy & FinanceEnergyMY LNAOpinion

Electricity tariffs: With you in mind

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The COVID-19 outbreak and the ongoing...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

EducationHighlightsMY LNA

UM STEM WITH CONGKAK AT CARDIFF MUSEUM, UNITED KINGDOM- A CROSS CULTURAL STEM PROGRAM

The core of Universiti Malaya STEM education means to educate and spark...