Home AM 2,800 Bingkisan Raya diagihkan kepada Anggota Maritim Malaysia yang Bertugas Menjelang Syawal
AMHighlightsKebajikanMY LNAPertahanan

2,800 Bingkisan Raya diagihkan kepada Anggota Maritim Malaysia yang Bertugas Menjelang Syawal

PUTRAJAYA, 12 April 2023 – Sebanyak 2,800 bingkisan raya telah diperuntukkan oleh Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia (PUSPANITA) Cawangan Kecil Maritim Malaysia untuk diagihkan kepada pegawai dan kakitangan agensi ini yang akan bertugas pada Syawal nanti.

Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) yang kini memangku sebagai Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, sumbangan ini disediakan sebagai menzahirkan sokongan moral kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas sempena Aidilfitri nanti.

“Mengenangkan keadaan inilah, Ibu Pejabat melalui PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia mengambil inisiatif menghulurkan bingkisan raya kepada warga Maritim Malaysia yang akan bertugas menjaga perairan negara menjelang Syawal nanti.”

Beliau berkata demikian pada ucapan sempena Majlis Penyerahan Bingkisan Raya di sini hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Laksamana Madya Maritim Hamid Mohd Amin serta Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Khairul Anwar Bachok. Turut hadir Datin Norazlita Hamali, Pemangku Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia

Bingkisan raya yang telah disediakan akan diserahkan kepada 11 buah Maritim Negeri merangkumi 15 Zon Maritim dan semua Pusat Operasi Maritim dan Maritime Rescue Co-ordinating Centre (MRCC) di seluruh negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

Economy & FinanceEnergyMY LNAOpinion

Electricity tariffs: With you in mind

By: Dr. Nora Yusma Mohamed Yusoff The COVID-19 outbreak and the ongoing...

EkonomiMY LNAPendapat

Subsidi bersasar: Jangan seperti enau dalam belukar

Oleh: Prof. Madya Dr. Amanuddin Shamsuddin Topik atau isu berkaitan subsidi bersasar,...

EducationHighlightsMY LNA

UM STEM WITH CONGKAK AT CARDIFF MUSEUM, UNITED KINGDOM- A CROSS CULTURAL STEM PROGRAM

The core of Universiti Malaya STEM education means to educate and spark...

HighlightsMY LNATourism

TOURISM MALAYSIA MEETS WITH LAOTIAN TRAVEL AGENTS FROM THREE CITIES IN RECENT ROADSHOW

VIENTIANE, 2 JUNE 2023 – In an effort to promote Malaysia’s tourism...