AMBM @ MY LNAKesihatan @ My LNAUTAMA

Penganjuran Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri bukti komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negeri

126
Sumber Foto : FB Rasmi Menteri Kesihatan Malaysia

11 April 2023 – Menteri Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa memaklumkan bahawa beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang pertama di Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 10 April 2023 (Isnin).

Katanya dalam satu kenyataan media hari ini, penganjuran mesyuarat itu membuktikan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan kesihatan di setiap negeri.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat ini yang dihadiri oleh Exco Kesihatan, mewakili setiap negeri merupakan satu platform bagi menyampaikan keputusan dan dasar semasa KKM untuk makluman dan tindakan Exco Kesihatan Negeri. Di samping itu, Mesyuarat ini bertujuan membincangkan isu-isu semasa dan perkara-perkara berbangkit daripada YB Menteri Kesihatan bersama Exco Kesihatan Negeri yang lepas. Selain itu, ia merupakan satu platform bagi membentangkan maklumat-maklumat khusus untuk perbincangan dan keputusan ahli mesyuarat.

Dalam mesyuarat pada hari ini, Kementerian telah membentangkan maklumat berkaitan Analisa Belanjawan 2023 dan peruntukan perbelanjaan KKM yang jelas menarik perhatian semua Exco yang hadir untuk memberi pendapat yang membina. Di bawah Belanjawan 2023, KKM merupakan kementerian yang menerima peningkatan peruntukan kedua terbesar selaras dengan hasrat Kerajaan untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan kesihatan awam.” katanya.

Dr. Zaliha turut menegaskan bahawa peruntukan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Perpaduan dilakukan setelah membuat penelitian terperinci terhadap dan keperluan dan kepentingan rakyat di setiap negeri selaras dengan konsep Malaysia Madani.

Katanya adalah menjadi tanggungjawab setiap kerajaan negeri untuk memastikan peruntukan yang diberikan digunakan secara optima dalam memenuhi keperluan rakyat.

“Secara tuntas, mesyuarat ini turut membentangkan isu-isu penting mengenai Kertas Putih Kesihatan, Perbelanjaan dan Projek Pembangunan KKM, dan Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS). Saya turut menggesa setiap Exco Negeri agar dapat memainkan peranan aktif dalam memastikan pembentangan Kertas Putih Kesihatan dapat direalisasikan.

Saya juga berharap agar Mesyuarat ini akan dijadikan platform yang menjadi pemangkin untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kesihatan bagi mewujudkan masyarakat Malaysia MADANI yang sihat sejahtera.” ujarnya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...