11 April 2023 – Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook (Anthony Loke) mengumumkan pelantikan Dato Ir. Alice Jawan Empaling sebagai Anggota Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) yang terbaharu bagi tempoh 3 tahun, berkuat kuasa dari 28 Mac 2023 hingga 27 Mac 2026.
Menurut Anthony dalam satu siaran media hari ini, Dato Ir. Alice Jawan Empaling merupakan Setiausaha Tetap semasa Kementerian Pengangkutan Sarawak sejak 1 Oktober 2022.
“Beliau turut memegang beberapa jawatan Pengurusan Kanan dan Lembaga Pengarah di negeri Sarawak termasuk memainkan peranan sebagai Pengerusi Lembaga Boya dan Api Sarawak, Pengerusi Eksekutif Majlis Keselamatan Jalan Raya Sarawak dan Timbalan Pengerusi Lembaga Sungai-sungai Sarawak.
Selain pada itu, YBhg. Dato Ir. Alice Jawan Empaling merupakan Profesor Adjung di Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sejak 2021.” kata Anthony lagi.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim di atas pengesahan dan sokongan yang diberi megenai pelantikan Dato Ir. Alice sebagai Anggota Suruhanjaya MAVCOM.
- KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?
- Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi
- RM51.8 JUTA HASIL JUALAN INOVASI TEMPATAN DI JANA MELALUI SANDBOX TEKNOLOGI & INOVASI NEGARA (NTIS)
- Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka
- COMPUTEX 2023 Best Choice of the Year Awarded to MSI Z790 GODLIKE
Leave a comment