PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri Bin Misman telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara yang baharu berkuatkuasa 22 Mac 2023 (Rabu) menggantikan YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh.
Menurut JPN, Zamri yang berumur 51 tahun, telah berkhidmat di dalam perkhidmatan awam selama 26 tahun apabila mula dilantik sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1997.

“Beliau yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang (LLB) pernah bertugas di pelbagai Agensi Persekutuan termasuklah di Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
Beliau kemudiannya bertugas sebagai Timbalan Ketua Pengarah Keselamatan Negara, di Majlis Keselamatan Negara (MKN).” kata JPN.
Pada masa yang sama JPN merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Dato’ Ruslin Bin Jusoh atas segala sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada JPN.
- KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?
- Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi
- RM51.8 JUTA HASIL JUALAN INOVASI TEMPATAN DI JANA MELALUI SANDBOX TEKNOLOGI & INOVASI NEGARA (NTIS)
- Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka
- COMPUTEX 2023 Best Choice of the Year Awarded to MSI Z790 GODLIKE
Leave a comment