AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Salahuddin tinjau pematuhan peniaga di Kota Kinabalu

555

KOTA KINABALU. 12 Mac 2023 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin bin Ayub telah turun padang meninjau sendiri tahap pematuhan peniaga ke atas penentuan harga maksimum bagi pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam (PHMAT) ketika sesi walkabout di Pasar Besar Kota Kinabalu, Sabah.

Pada masa yang sama beliau memantau keberadaan bekalan barang-barang perlu dan kedudukan harga semasa bagi persediaan menjelang bulan Ramadan yang bakal tiba.

Menurut Salahuddin, menjelang sambutan bulan Ramadan yang bakal tiba, Pegawai-Pegawai Penguat Kuasa KPDN akan ditugaskan di lokasi-lokasi strategik seperti di pasar awam, pasar tani dan pusat membeli-belah barangan keperluan perayaan.

Katanya strategi itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan dengan lebih berkesan di mana tindakan segera dapat diambil terhadap aduan pengguna dan tindakan penguatkuasaan ke atas peniaga sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Langkah-langkah itu juga mencerminkan usaha berterusan bagi melindungi pengguna daripada aktiviti pengambilan keuntungan yang berlebihan oleh peniaga-peniaga yang tidak beretika.

“KPDN Sabah telah melantik 170 peruncit daerah terpilih (DDR – Dedicated District Retailer) dan 89 pemborong daerah terpilih (DDW – Dedicated District Wholesalers) di seluruh Sabah bagi tujuan pemantauan kedudukan bekalan barangan keperluan asas di Sabah. Kedudukan bekalan barang keperluan asas berdasarkan peruncit dan pemborong yang di lantik
di setiap daerah di Sabah ini akan menjadi penanda aras ke atas bekalan barang keperluan asas di daerah-daerah berkenaan.

Untuk rekod, sepanjang bulan Januari hingga 11 Mac 2023 sebanyak 16,285 premis telah diperiksa di seluruh Sabah. Daripada pemeriksaan tersebut, sebanyak 304 kes telah dihasilkan melibatkan pelbagai akta dibawa perundangan yang dikuatkuasakan oleh KPDN dengan nilai kompaun sebanyak RM47,200.00 dan nilai rampasan sebanyak RM1,050,392.00.” kata Salahuddin.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...