AMBM @ MY LNAPerumahan @ My LNA

Peranan Pihak Berkuasa Tempatan terus diperkasakan

290

IPOH, 12 Mac 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming (YB KM) telah menyempurnakan Majlis Penutup Konvensyen Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ipoh (ICC), Ipoh, Perak semalam.

Menurut KPKT dalam satu siaran media yang diedarkan semalam, penganjuran konvensyen yang berlangsung pada 11 hingga 12 Mac 2023 itu bertujuan untuk memperkukuh dan memperkasa peranan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) disamping memberikan peluang kepada Ahli Majlis untuk bertukar pandangan serta menyumbang idea ke arah menjadikan perkhidmatan PBT lebih dinamik dan progresif.

“Konvensyen ini juga merupakan platform perkongsian amalan terbaik (best practices) berkaitan penyelesaian isu-isu perbandaran yang inovatif dan kreatif serta medium penyampaian aspirasi Kerajaan Persekutuan terhadap peranan dan tanggung jawab PBT dalam pembangunan masa kini. Ia juga membuka ruang perbincangan merentasi sempadan negeri untuk menyuarakan pandangan dan idea secara konstruktif dalam kalangan PBT berdasarkan kepelbagaian pengurusan perkhidmatan perbandaran di kawasan pentadbiran masing-masing.

Pengukuhan tadbir urus PBT perlu diberi keutamaan dan ditransformasikan bagi membangunkan keupayaan organisasi PBT dalam memberi perkhidmatan yang meningkatkan kesejahteraan rakyat. Pembangunan modal ilmu dan modal insan PBT
akan menghasilkan warga PBT yang cekap, dinamik dan mampu menawarkan perkhidmatan yang terbaik.

Bertemakan “Perbandaran MADANI-Rakyat Sejahtera”, konvensyen ini memberi fokus kepada prinsip-prinsip mendaya upaya penyampaian perkhidmatan teras PBT yang MADANI melalui pengukuhan tadbir urus perbandaran, peningkatan keupayaan organisasi serta penerokaan inisiatif pendigitalan dan inovasi baharu bagi meningkatkan kecekapan dan perkhidmatan PBT kepada rakyat.” kata KPKT.

Komponen utama dalam Konvensyen PBT kali ini adalah seperti Sesi Mini Lab, Industry Stage, PBT Stage iaitu amalan terbaik dari sembilan (9) PBT yang terpilih, Sesi Perbincangan Panel, Ucaptama (Keynote Address) dan Sesi Town Hall Bersama YBM KPKT dan KSU KPKT melibatkan wakil Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bandar/ Yang Dipertua/Presiden/Pengerusi/ Pengurus Besar PBT serta Setiausaha dan Pegawai Kanan PBT.

Tambah KPKT, turut diadakan sesi penyampaian anugerah kepada tiga (3) pemenang utama dalam Pertandingan Inovasi MALA 2.0: Piala YB Menteri KPKT sebagai pengiktirafan kepada PBT yang telah mempamerkan tahap tinggi dalam aspek inovasi. Selain itu, pengiktirafan turut diberikan kepada sepuluh (10) PBT yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam penilaian Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (SPB-PBT) yang dilaksanakan pada tahun 2022 melibatkan 153 PBT di seluruh Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...