BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNAUTAMA

Sambutan Ramadan Lebih Bermakna Tahun Ini Bersama Durioo+

129

KUALA LUMPUR 1 Mac 2023 – Bulan Ramadan yang dinanti-nantikan akan tiba kurang dari sebulan dari sekarang. Durioo+, Platform Video Selamat Untuk Kanak-Kanak Islam mengajak anda semua untuk menyambut kedatangan bulan Ramadan ini bersama dengan mereka.

Festival Marhaban Ya Ramadan bersama Durioo+ akan dilangsungkan di IOI City Mall pada 18 dan 19 Mac 2023. Bertemakan “Kembara Ramadan”, Durioo+ mengajak keluarga-keluarga Muslim untuk mengimbau kembali kenangan Ramadan bersama anak-anak mereka. Tarikan utama festival ini adalah Konsert Nasyeed Marhaban Ya Ramadan bersama Raihan, InTeam, Lah Ahmad, Najwa Latif dan Mateen akan berlangsung pada hari Ahad, 19 Mac pukul 2.30 petang. Selain daripada itu, festival ini juga menyediakan aktiviti menarik seperti Konsert Muzikal animasi Durioo+ Mina Mila dan Little Ammar, aktiviti-aktiviti permainan dan gerai jualan dari lebih 30 vendor. Kemasukan adalah percuma dari 10 pagi ke 10 malam.

Tidak terhenti disini, Durioo+ mengisi bulan Ramadan keluarga anda dengan pelbagai rancangan menarik. Filem antarabangsa Bilal The Movie, The Little Believers, Riko, Upin & Ipin Iqra, Nuri, A First Farewell, The Journey, Bacaan Zikir, Nasyid dan Durioo+ Originals Khas Ramadan dari Little Ammar, Mina Mila, Abibi dan Bubu Lala adalah antara kandungan yang khusus untuk bulan Ramadan.

Aina Abdul, pemenang Anugerah Juara Lagu juga dipanggil untuk berkolaborasi bersama Durioo+ untuk lagu khas Marhaban Ya Ramadan. Lagu ini juga turut menampilkan InTeam, Rabbani, UNIC dan Halim Ahmad. 

Pengasas Durioo+, Sinan Ismail bercakap kepada Media di majlis sambutan Duriooversary  “Alhamdulillah kita berpeluang sekali lagi bertemu dengan Bulan Ramadan yang saya pasti dinanti-nantikan oleh semua keluarga Muslim di Malaysia ini. Mari kita pastikan keluarga kita terutama anak-anak kita disajikan dengan kandungan yang selamat dan di platform yang selamat Ramadan ini. Semoga usaha kita ini dapat melahirkan Umat yang Beriman, Berakhlak dan Berilmu, InshaAllah.” 

Sejak pelancaran Durioo+ pada 18 Feb 2022, Durioo+ sudah menyajikan lebih daripada 2,000 episod untuk tontonan kanak-kanak. Pada bulan Mac ini, Durioo+ akan menambah lebih daripada 1,000 episod baru, antaranya adalah Bola Kampung, Beyblade, Number Blocks, Wheely, Robozeta, Leo The Wildlife Ranger, Tayo The Little Bus dan banyak lagi. Yang pastinya, semua kandungan akan ditapis agar sesuai dan selamat untuk ditonton oleh anak-anak.

Durioo+ juga akan menawarkan pakej langganan istimewa Ramadan ini di mana dengan setiap pembelian langganan setahun melalui Affiliate Durioo+, anda akan mendapat 2 bulan percuma. Pakej langganan setahun adalah bernilai RM 135.00 untuk menikmati Durioo+ selama 14 bulan. Kurang dari RM 10.00 sebulan.



Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Pemegang Saham sokong dua cadangan SCIB dalam EGM

KUCHING, SARAWAK, 27 Mac 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...