AMBM @ MY LNAKebajikan @ My LNAUTAMA

Program Peduli Veteran Peringkat Negeri Pulau Pinang

288

PULAU PINANG, 2 Mac 2023 – Mejar Jeneral Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) telah menyempurnakan Program Peduli Veteran dan menyantuni lima orang Veteran ATM di sekitar Pulau Pinang. Program ini merupakan salah satu manifestasi Kementerian Pertahanan dalam menjaga kebajikan Veteran ATM dalam memastikan agenda kebajikan Veteran ATM dan tanggungannya sentiasa diutamakan. Program Peduli Veteran yang dijalankan merangkumi lawatan kebajikan ke rumah veteran yang memerlukan bantuan seperti yang mengalami sakit kritikal, kronik serta hidup dalam keadaan daif. Disamping bertanya khabar, turut diselitkan penyerahan bantuan peralatan pesakit, bantuan wang tunai dan penyampaian sumbangan kotak makanan.

Impak positif berjaya direalisasikan daripada inisiatif yang amat bermakna ini dalam agenda memastikan kebajikan dan kesejahteraan Veteran ATM terus terbela dan sentiasa terpelihara sejajar dengan jasa bakti dan pengorbanan yang Veteran ATM curahkan selama ini dalam menentukan keamanan dan keselamatan negara. Lebih ramai Veteran ATM yang terkesan berjaya disantuni bagi mendengar keluh kesah mereka secara bersemuka dan mampu meningkatkan semangat patriotisme di kalangan masyarakat.

Beberapa siri program serta majlis ramah mesra Veteran ATM telah diadakan oleh Ketua Pengarah JHEV ATM dan turut dilaksanakan oleh Pengarah Cawangan Negeri di seluruh negara. Program Peduli Veteran di seluruh negara masih lagi diteruskan dengan sasaran sekurang-kurangnya sebanyak 800 program dilaksanakan setiap tahun bagi memastikan semua Veteran ATM di seluruh negara dapat menikmati bantuan dan kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM. Justeru, Kementerian Pertahanan beriltizam untuk terus komited dalam mempertingkatkan lagi Program Peduli Veteran melalui siri lawatan kebajikan yang akan datang agar tiada Veteran ATM yang terpinggir daripada menerima insentif yang disediakan. Jumlah perbelanjaan Program Cakna Veteran ATM sehingga Disember 2022 adalah sebanyak RM
132,600.00.

Program lawatan ini turut diiringi oleh Mej Ahmad Ramdzan bin Mohamed TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta Yang Dipertua serta ahli PVATM Pulau Pinang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...