AMBM @ MY LNAPertanian @ My LNAUTAMA

Turkiye rakan dagang pertanian berpontensi tinggi

160

KUALA LUMPUR, 1 MAC 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) Datuk Seri Mohamad bin Sabu telah menerima kunjungan hormat daripada TYT Emir Salim Yüksel, Duta Besar Turkiye di Malaysia pada 28 Februari 2023 di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Kuala Lumpur.

Menurut MAFS pertemuan kali pertama itu adalah bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang pertanian terutamanya dalam bidang pertanian moden dan penyelidikan pertanian.

“Kedua-dua negara turut bersedia untuk memperkukuhkan kerjasama perdagangan dalam bidang pertanian selaras dengan keperluan bagi menjamin sumber makanan yang mampan dan berterusan. Dalam pertemuan ini, Turkiye bersedia menawarkan sumber daging, ayam dan produk ayam, madu dan buah-buahan untuk dieksport ke Malaysia.

Tambahan pula, Turkiye juga bersedia berkongsi kepakarannya dalam bidang teknologi pertanian moden dan mekanisasi untuk membantu industri pertanian Malaysia.” kata MAFS.

Turkiye merupakan rakan dagang pertanian yang berpotensi tinggi untuk Malaysia. Untuk rekod, perdagangan dalam sektor pertanian di antara Malaysia dan Turkiye adalah berjumlah RM6.14 bilion bagi tempoh Januari sehingga November 2022.

“Di akhir pertemuan, YB Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menyampaikan rasa simpati berikutan bencana gempa bumi yang melanda Turkiye. Dalam masa yang sama, Turkiye turut menzahirkan rasa terima kasih kepada Malaysia atas bantuan misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di Turkiye.” ujar MAFS.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...