AMBM @ MY LNAUTAMA

Program Khatan Perdana Anak Veteran Atm Wilayah Persekutuan Dan Selangor

366

KUALA LUMPUR, 26 Februari 2023 – Mej Jen Zambery Jefry bin Haji Darus, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM telah merasmikan Program Khatan Perdana Anak-anak Veteran ATM anjuran bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Yayasan Veteran ATM (YVATM) dan Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM) Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor.

Program tersebut telah diadakan di Surau Ibnu Sina, Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) dengan penglibatan doktor perubatan dari Bahagian Perkhidamatan Kesihatan ATM (BPK). Tujuan pelaksanaan program ini adalah sebahagian daripada usaha pihak JHEV ATM untuk membantu anak-anak veteran menunaikan kewajipan yang telah ditetapkan di dalam Islam iaitu kewajipan untuk berkhatan. Ia juga turut membantu para veteran meringankan bebanan kos berkhatan serta suatu bentuk inisiatif bagi meningkatkan kerjasama di antara JHEV dengan Persatuan-Persatuan Veteran ATM disamping mengekalkan hubungan erat JHEV bersama Perkhidmatan Kesihatan ATM

Terdahulu, Ketua Pengarah JHEV ATM di dalam ucapannya berhasrat untuk menjadikan program ini sebagai salah satu acara tahunan dan ianya akan dilaksanakan secara bergilir mengikut negeri bagi membolehkan para veteran di seluruh negara mendapat manfaatnya. Selain itu, beliau turut merakamkan penghargaan kepada YVATM kerana telah berbesar hati untuk membiayai kos perbelanjaan bagi penganjuran program ini. Untuk makluman, YVATM juga telah banyak menyalurkan bantuan samada berbentuk wang tunai mahupun bantuanbantuan lain seperti bantuan kebajikan, bantuan pendidikan, bantuan perubatan, bantuan bencana alam dan sebaginya kepada veteran ATM dan ahli keluarga. Program ini juga telah menarik minat pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk menyumbang RM50.00 dalam bentuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime berserta sebuah beg sekolah kepada semua anak-anak veteran ATM yang terlibat dalam program pada hari ini.

Program yang dilaksanakan sempena cuti persekolahan ini berjaya mengumpulkan seramai 85 orang anak-anak veteran yang tinggal di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Acara semburan dan mandian kepada anak-anak
menjadi simbolik sebelum bermulanya program.

Turut hadir dalam Program ini ialah Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Hj Mohamed Hatta bin Hj Manis, Pegawai Memerintah Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Brigedier Jeneral Dato’ Shamsuddin bin Abbas (Bersara), Yang Di Pertua Persatuan Veteran ATM Wilayah Persekutuan, Haji Mohd Din bin Hosnin, Yang Di Pertua Persatuan Veteran ATM Selangor, Leftenan Kolonel Tajul Ariffin bin Chu Johari (Bersara), Setiausaha Agung Persatuan Veteran ATM, Puan Mastura bin
Mohd Khalid, Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) serta ahli-ahli PVATM Wilayah Persekutuan dan Negeri Selangor.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

Legacy Credit Muncul sebagai Pemegang Saham Besar dalam VCI Global

KUALA LUMPUR, 24 April 2024 – Legacy Credit Sdn Bhd Legacy Credit Sdn Bhd (“Legacy Credit”...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Fahami pemaknaan sebenar beribadat untuk kekal komited pasca Ramadan

Oleh: Muhammad Izzat Aiman Ahmad Sokri, Dr. Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH desak Kerajaan laksana Reformasi Proses Pelantikan Pengerusi SPR & Pindaan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 segera

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH)...

BM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNASukan @ My LNAUTAMA

Larian donat kikis imej buruk pemanis mulut

Rakyat Malaysia merupakan antara yang tergemuk di dunia, menurut perangkaan yang terkini....