AMBM @ MY LNAPertahanan @ My LNAUTAMA

Perjawatan Maritim Malaysia Dijangka Diisi Sepenuhnya menjelang 2026

450

KUANTAN, 25 Februari 2023 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MaritimMalaysia) telah menjayakan latihan asas kepada 788 pegawai dan 2,528 pegawai lain-lain pangkat penguatkuasa Maritim Malaysia di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (ASMAS), Kuantan Pahang sejak ia mula beroperasi pada 2 Mac 2013.

Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dato’ Haji Ruji bin Haji Ubi berkata sempena Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 yang diadakan pada hari ini, seramai 78 orang pelatih terdiri daripada 61 elaki dan 17 wanita telah berjaya menamatkan latihan selama sembilan bulan di akademi ini.

Daripada jumlah berkenaan, Maritim Malaysia kini telah mengisi perjawatan sebanyak 90.76% daripada jumlah perjawatan yang diluluskan. Beliau turut menjangkakan sebanyak 490 perjawatan yang masih belum diisi akan dipenuhi menjelangtahun 2026.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan Leftenan Muda Maritim Siri 11 Tahun 2022 di Kuantan hari ini.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som serta Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN, Datuk Haji Abdul Halim bin Haji Abdul Rahman.

Dato’ Haji Ruji memaklumkan, selain kursus asas kepada pegawai baharu, AMSAS turut menganjurkan kursus lanjutan kepada pegawai dan anggota bagi meningkatkan kompetensi mereka dalam menjalankan tugas menjaga keselamatan perairannegara.

Beliau turut berkata selain warga Maritim Malaysia, AMSAS turut menyediakan latihan kepada hampir 150 pegawai daripada jabatan-jabatan dari Negara-Negara Asean, Timur Tengah, Afrika dan Mexico.

Melihat kepada kepentingannya, Dato’ Haji Ruji menegaskan KDN pada tahun lalu telah memperuntukan sebanyak RM1.4 juta bagi tujuan pembaikan dan penyelenggaraan akademi latihan itu.

Bagi tahun 2023, beliau memaklumkan KDN akan menyalurkan lebih banyak peruntukkan untuk projek-projek utama supaya AMSAS menjadi institusi latihan maritim yang kondusif.

Dato’ Haji Ruji terdahulu ketika penyampaikan ucapan, beliau turut menasihati semuawarga Maritim Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada integriti yang tinggi, amanah, jujur dan meletakkan disiplin yang tinggi ketika menjalankan tugas.

Hasrat ini kata beliau seiring dengan dasar Kerajaan Malaysia Madani, iaitu mengamalkan tadbir urus yang baik sekaligus menjadikan Malaysia Negara Bebas Rasuah.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAUTAMA

MCMC panggil Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo esok

CYBERJAYA, 16 April 2024 – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAUTAMA

Pelabur tunjuk minat tinggi untuk fahami asas dan potensi ekonomi Malaysia

Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan telah mengetuai delegasi...

Bencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Tenggara Kepulauan Ryukyu

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Tenggara Kepulauan Ryukyu pada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Suci Aidilfiri bukan untuk dicemari

Oleh: Dr. Sharifah Basirah Syed Muhsin Hari Raya Aidilfitri merupakan hari yang...